Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Memahami Ibrah Dari Sebuah Ujian

$
0
0

ISLAM dan Blog Aku ISLAM ISLAM dan Blog Aku ISLAM - Jangan bersedih. Mari kuatkan hati kerana Allah

ibrah

Ibrah | broken by Dignacker

”Dunia penjara bagi orang Mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kehidupan, kita tidak akan dapat lari daripada hidup penuh dengan ujian lebih-lebih kita sekarang berada di zaman fitnah yang sangat dahsyat.

Teringat diri akan satu pesanan dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :

Allah memberi peringatan kepada hambaNya dengan ujian kecil seperti membaling batu-batu kecil. Biar rasa sakit sikit untuk menguji samada hambaNya mengingatinya dan berusaha memperbaiki dirinya. Tapi jika si hamba masih alpa dalam mengingatiNya, Allah turunkan musibah umpama membaling batu blok, sebagai panggilan untuk menguji tahap keimanan kita.

Walau mungkin bukan ayat itu yang dituturkan namun lebih kurang begitulah pesanannya.

Hakikatnya, kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa hidup ini adalah untuk menguji kita. Untuk itu jugalah dunia itu dicipta. Untuk menguji.

Siapalah kita untuk menolak ujian yang diberikan. Siapalah kita untuk membenci setiap ujian yang diberikan. Tidakkah kita sedar kita hanya hambaNya, yang hidupnya kita ini pun juga atas belas ehsanNya.

Sedangkan telah termaktub bagi mereka yang mengaku Islam untuk mematuhi rukunNya yang meyakini bahawa setiap ketetapan adalah dari Allah dan atas kehendak Allah.

Apakah Sebenarnya Maksud Ibrah itu?

Ibrah itu pengajaran

Ibrah itu pengajaran dan pembelajaran, a lesson. Sesuatu yang dapat kita kutip sepanjang selusur kehidupan kita ini. ‘Lesson learnt’ itu mungkin dalam bentuk sejarah kehidupan peribadi, mungkin juga dari sejarah kehidupan orang lain.

Dan yang paling utama- ‘ibrah’ kehidupan para Nabi, Sirah-sirah peperangan serta Ulama-ulama

“Ambilah ibrah ibrah (pelajaran darinya) wahai bagi orang-orang yang celik mata hatinya (berfikir)” - Al Hasyr 59; 2

Diri ini harus perlu terus mengingati, bahawa Allah menguji bukan untuk menghukum. Allah menguji adalah untuk menegur.

Untuk memanggil kita kembali pada jalanNya. Mungkin ada kesalahan yang kita lakukan yang tidak kita sedari.

Mungkin ada kelalaian dalam keikhlasan hati yang kita tidak ketahui. Jadi Allah menegur. Itulah sebabnya bijak pandai menyatakan Allah menguji kerana sayang.

Jadi yakinilah bahawa diri ini bertuah kerana Allah menyayangimu.

Bagi mereka yang mampu mendepaninya dengan tabah dan sabar, akhirnya ujian demi ujian yang datang pada seseorang walau pun ujian yang hebat dan berat, mereka tetap berjaya mengharunginya.

Perkara ini bukanlah mudah!

Sesiapa yang tidak pernah melaluinya tidak akan mampu merasainya.

Dengan cuba untuk melihat segala yang berlaku pada dirinya dengan sisi pandang yang paling memberikan sinar, sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk terus memotivasikan diri.

Bila mereka berjaya menghadapinya, antara satu hikmahnya adalah mereka mampu menjadi seorang yang berjiwa besar dan lebih matang seterusnya lebih berani untuk terus meneruskan kehidupan.

Meskipun itu bukan alasan untuk hanya berserah tanpa usaha, namun menyedari hakikat ini mampu buat diri lebih tenang untuk mengatur jalan tuju ini dengan hati yang lebih lapang.

Kerana…

Jika diri ini disayang Allah. Apa lagi yang perlu dikhuatiri selain untuk menyayangiNya kembali…

Maka ingat, Ibrah & pengajaran Allah di mana-mana. kita cuma perlu celik hati untuk sedar.. =)

******

Artikel ini adalah perkongsian daripada saudari Ros Mawarni ( AntologiHidup.blogspot.com ). Semoga memberi pengajaran dan makna yang besar kepada kita semua menerusi artikel yang dikongsikan.

Kami juga suka untuk mendengar komen dan ulasan daripada anda semua =)

Memahami Ibrah Dari Sebuah Ujian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes