Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Bila Tudung Mahal Tetapi Auratku Semakin Murah

$
0
0

ISLAM dan Blog Aku ISLAM ISLAM dan Blog Aku ISLAM - Jangan bersedih. Mari kuatkan hati kerana Allah

tudung

Tudung | Hijab Girl by bobGraphics

Perempuan sukakan kecantikan.. sukakan keindahan.

Lambakan fesyen tudung yang macam-macam buat kaum kami rasa teruja, rasa nak cuba, try, test. Belit sana,belit sini,butang 10 biji pun kadang tak cukup. Berlapis-lapis tudungnya,colour blocking style katanya.

Tapi labuhnya masih tidak menepati kehendak Pencipta, Sanggulnya kalah bonggol unta. Apa makna hijab bagi kita sebenarnya?

Tudung Untuk Mencari Perhatian?

Untuk siapa kita berhias sebenarnya?

Untuk menang Ikon Muslimah Dara.com? Pemenang utama Hijabista? atau hanya untuk menang di mata Pencipta?

Tepuk dada,tanya iman kita.Berfesyen itu tidak salah,tetapi syariat Islam harus bersamanya.

Belum lagi jubah LYCRA yang dikata sudah cukup menutup aurat,ooo sungguh sweet bila si gadis yang pakai.

awwi! memang tutup semua.tapi ketulan-ketulan daging,yang PJK (Perut Jauh Kehadapan) sorry, i need to say this guys. kalau tutup,tapi ketat,Tupperware lagi cantik dari kita.

Jadi wanita-wanita macam anggun je, macam comel je sekalian yang kusayangiya pun aduyai, jangan jadikan diri kita ni mangsa fesyen yang bukan-bukan, jangan jadikan diri kita ni bahan eksperimen.

Jom kita share tips berfesyen yg nampak mcm sweet je,mcm comel je.hehe.. =)

 

i)    pakai stoking

ii)   pakai handsock

iii)  baju/dress yang tak ketat dan tidak menunjukkan yang tak patut ditunjuk

iv)  tudung mesti tutup dada,tudung-tudung bawah ni boleh buat tutup dada

  • tudung bawal segi empat
  • shawl labuh
  • pashmina
  • tudung bulat (tudung ustazah)

v)  jenis kain-kalau boleh elakkan pakai jenis lycra,sbb bila pakai,dia melekat kat badan.Kalau kain shiffon yang siap lining,nampak cantik je bila pakai

Jadi Muslimah Yang Bijak!

Sebenarnya,kalau kita fikir betul-betul, bila kita beli kain 4 meter, dan guna kain tu semaksimum yang mungkin,contoh beli kain cotton 4 meter, lepas tu buat jubah.

awwi! utiliti sebagai pengguna bertambah kan? sebab tak membazir pun kain,kain perca secoet je.

Cuba bezakan dengan beli kain RM1K 4 meter, tapi buat dress nampak ketiak, nampak lutut. sayang tau, banyak kot kain lebih boleh buat kain perca cantum-cantum jadi selimut. haha.

Tengok! kita untung tau jadi muslimah!

Yang tertutup itu indah!

 

 

Muslimah,

memang kita mahu jadi indah,

memang kita mahu jadi cantik,

tapi jangan dibuka apa yang perlu ditutup,

tapi jangan diketat apa yang perlu dilonggar,

kita tercipta sudah sedia indah,

tidak perlu diubah atau ditambah,

indah hati indahlah wajah,

bangun muslimah,

kekalkan keindahan wajah-wajah indah,

dengan akhlak dan peribadi yang indah!

 

 ******

Artikel adalah perkongsian dari sahabat pembaca kita, Syakirah NorhizanMissHijabi.blogspot.com ) ke inbox akuislam.com. Semoga perkongsian dari beliau memberi 1001 makna dan manfaat kepada kita semua =)

Bila Tudung Mahal Tetapi Auratku Semakin Murah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586