ISLAM dan Blog Aku ISLAM ISLAM dan Blog Aku ISLAM - Jangan bersedih. Mari kuatkan hati kerana Allah

Mencari | find me. by pukingpastilles
Muslimah yang dikasihi,
Di saat orang lain punya cinta dan kita masih sendiri,
kita merasakan bahawa hidup ini sudah tiada ertinya.
Di saat orang lain punya bahagia dan kita masih tercari-cari,
Kita mengatakan bahawa Dia sudah tidak sayangkan kita.
.
Muslimah yang dikasihi,
Sedarkah bahawa Allah Ya Rahman sedang melihat kita dengan pandangan rahmatNya?
Oleh itu bersabarlah dengan setiap ujianNya,
kerana Dia telah mengaturkan kisah bahagia kita dengan caraNya sendiri.
.
Muslimah yang dikasihi,
Jangan sesekali mencari cinta selain cinta Allah.
Sesungguhnya biar cinta yang mencari kita.
Redhalah dengan apa yang berlaku. InsyaAllah di saat kita betul-betul redha akan ketentuanNya, Dia akan hadirkan seseorang yang mencintai kita keranaNya.
Ingatlah di mana pun dia, seandainya dia adalah bahagia kita, dengan segala kuasa yang ada padaNya, cinta itu tetap akan mencari kita.
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?” (surah ar-Rahman : ayat 13)
Muslimah yang dikasihi,
Dengan itu berbahagialah bersama keluarga dan teman-teman yang menyayangi kita.
Syukuri segala nikmat kurnianNya dan sebarkan kasih sayang kepada semua.
InsyaAllah bahagia akan hadir pada saat yang tepat.
.
Oleh,
Nur Kasih
*****
Artikel adalah perkongsian dari sahabat pembaca kita, Nur Kasih ke inbox akuislam.com. Semoga perkongsian dari beliau memberi 1001 makna kepada kita semua =)