Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Menggali Hikmah Disetiap Kejadian Dan Setiap Siri Kesedihan

$
0
0

ISLAM dan Blog Aku ISLAM ISLAM dan Blog Aku ISLAM - Jangan bersedih. Mari kuatkan hati kerana Allah

Menggali Hikmah

Menggali Hikmah | Day 180 Digging up by RyanDonnelly

Tidak salah bersedih, tetapi perlukah kita tunjukkan?

Menangis? Adakah kita mahu dilihat oleh orang ramai?

Jangan biarkan perkara itu menimpa kita, sahabat. Jangan nampakkan kesedihan kita. Teruskan melangkah. Tatap masa hadapan dengan penuh keyakinan.

Teruskan tersenyum dan tunjukkan kita sedang bahagia.

Waktu itu kekuatan mental kita diuji. Adakah kita kuat menghadapinya ataupun jatuh tersungkur dan terkulai. Berusahalah untuk tidak menunjukkan kesedihan!

Menggali Hikmah Dalam Setiap Kejadian

Jangan berhenti menggali hikmah-Nya.

Ibnu Al-Jauzy berkata,

Sekiranya kamu tidak mampu menangkap hikmah, bukan kerana hikmah itu tiada, tetapi kerana kelemahan daya ingatan kamu sendiri. Kamu perlu tahu, raja juga memiliki rahsia yang tidak diketahui oleh orang kebanyakkan. Bagaimana kamu yang begitu lemah, mampu mengungkap semua hikmah-Nya?

Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.

Sebaliknya, tidak sedikit perkara yang pada awalnya kita sambut dengan rasa gembira, tetapi pada kemudian hari kita bermuram durja dan menitiskan air mata kerananya.

Pengajaran Hudaibiyah

Kisah Rasulullah SAW dan para sahabat banyak memberikan pengajaran yang sangat berharga pada kita, salah satunya dalam peristiwa Hudaibiyyah.

Dalam satu klausa perjanjian Hudaibiyah menyatakan, Rasulullah SAW perlu kembali ke Madinah dan tidak boleh memasuki Makkah hingga tahun hadapan. Klausa berikutnya menyatakan, kedua-dua belah pihak perlu melakukan gencatan senjata selama 10 tahun.

Beberapa sahabat berasa sedih kerana mereka sudah dijanjikan bagi memasuki Makkah, tetapi terpaksa berpatah balik dan pulang ke Madinah.

Namun, sesuatu yang pada awalnya dirasakan pahit, menjadi manis selepas beberapa tahun.

Antaranya pengislaman beberapa tokoh Quraisy seperti Amru bin Al-Ash, Utsman Bin Thalhah dan Khalid Bin Al-Walid. Dalam rentang waktu itu, jumlah kaum muslimin bertambah ramai.

Hingga pada satu waktu, dengan kekuatan baru yang dimiliki, terjadi peristiwa yang tercatat dalam tinta emas sejarah, iaitu Fathu Makkah. Sebuah peradaban yang menerangi alam semesti ini sudah lahir.

Pelajaran berharga yang dapat kita ambil adalah, pasti ada hikmah daripada Allah ke atas setiap kejadian yang berlaku.

Persoalannya, adakah kita berusaha mencari ataupun menggali hikmah nya? Atau pun tidak langsung?

Bila Hikmah itu akan muncul?

Boleh jadi pada waktu itu juga, selepas seminggu, sebulan atau bertahun lamanya. Kita tidak akan tahu, tetapi yang pasti ia tetap akan muncul.

Setiap kejadian, pahit ataupun manis, pasti ada hikmah ataupun pelajaran berharga. Semasa perkara itu terjadi, kita perlu bersedia menghadapinya.

Daripada bertanyakan mengapa, lebih baik kita fokuskan perkara yang perlu dilakukan bagi menghadapi keadaan ini.

****

Sebahagian artikel ini adalah dipetik dari buku kujemput Jodohku, Fadhlan Al-Ikhwani. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca. Insyaallah =)

Menggali Hikmah Disetiap Kejadian Dan Setiap Siri Kesedihan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Girasoles para colorear


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


The business quotes | Inspirational and Motivational Quotes for you


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


5 Tagalog Relationship Rules


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Smile Quotes


Patama lines and Tagalog Quotes Pinoy Sayings


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE