Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Kerana Dia Fitnah Akhir Zaman

$
0
0

Blog Aku ISLAM Blog Aku ISLAM - La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!

Wanita ini fitnah akhir zaman terbesar kan?

fitnah akhir zaman

fitnah akhir zaman

Saya  selalu terbaca post, blog yang berbicara tentang rasa hati seorang adam tentang seorang hawa, katanya hawa ini fitnah terbesar bagi kaumnya.

Hawa perlu sedar bawa dia perlu  sangat menjaga. Katanya juga kadang hawa ini tak mengerti. Tak pernah memahami rasa seorang adam.

Saya. saya senyum tika membaca post-post tersebut.  Lalu saya hawa yang lemah ambil sebagai satu pedoman. Sebagai satu nasihat juga peringatan.

Namun, sebagai hawa kadang saya juga kecewa dengan adam.

Kau berkata kami tak menjaga, namun tika menjaga kamu tak pernah mengerti, kau menyatakan kami sombong.

Wahai adam, Mengertikah  kamu, dia fitnah terbesar mu.

Dia

Dia  berusaha menjaga, tika menyayangimu, dia membatas segala, kerana syariat digenggamnya. Fitnah terbesar akhir zaman ini, sedang mencuba untuk tidak mengheret kamu ke nerakanya.

Akhi hilal asyraf ada berkata jika sayang mengapa bawa ia ke neraka.

Adam, fitnah akhir zaman ini juga manusia biasa. Punya rasa fitrah untuk menyayangi juga untuk dikasihi.

Namun apa dayanya, jika ia berlembut dikata murah, jika dia bertegas ia dibilang kasar. Apa daya. Dan kini dia mahu bertanya. Apa yang kamu mahu darinya.

Dikala dia cuba menjaga tak siapa mengerti. Lantas dia berbicara dengan tuhan. Tuhan memahami segala-galanya.

Dia tahu kerana fitnah akhir zaman, mungkin dengan cara ini Allah mengujinya. Allah sedang mendidiknya dengan rasa sabar, rasa tabah dan rasa kuat. Lantas hawa ini bangkit, sungguh tika hawa memilih  jalan mujahadah ini, hawa ini  yakin dia bakal uji dengan ujian yang bertalu.

Adam,

Dia tahu dia bakal merosakkan iman kamu, maka mengertilah kamu, disaat dia mula menjauh, dihatinya pernah ada rasa benci padamu.

Jaga lah agamamu, jaga imanmu. Kerana dia mengerti dia fitnah terbesar buat kamu. Sungguh mujahadah tak mudah bagi seorang hawa yang selalu rapuh.

Namun dia tetap percaya satu saat, ada syurga buatnya. Ada Allah yang selalu menemaninya. Dan dia tahu perjuangannya tidak sia-sia. Jadi sama-sama lah mengerti dan membantu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.”

(H.R. Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, Tirmidzi)

******

Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada  cahayakehalusankelembutan.  Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah.

Apa pandangan anda mengenai topik ini?  

Kerana Dia Fitnah Akhir Zaman Muhamad Naim Abd Manaf


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.