Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Meraih Berkah Dengan Sedekah!

$
0
0

ISLAM dan Blog Aku ISLAM ISLAM dan Blog Aku ISLAM - Jangan bersedih. Mari kuatkan hati kerana Allah

sedekah

Apa yang kita pakai akan hancur. Apa yang kita makan akan jadi najis. Apa yang kita sedekah akan kekal.”
— Ustaz Azhar Idrus

Memberi adalah sifat mulia yang mampu menghakiskan sifat kedekut manusia. Sesiapa pun boleh memberi selagimana dia mampu dan berusaha.

InsyaAllah. Orang yang mempunyai harta dan orang yang tidak mempunyai harta harus belajar dan mengamalkan sifat memberi. Belajar dan terus belajar agar nanti, sifat ini terus melekat pada diri. Menjadi suatu kelaziman dan kebiasaan kita.

Bagi orang yang memiliki harta, keluarkanlah hartamu ke jalanNya. Bantulah yang lain, yang memerlukan. Kerana tidak semua insan daripada kita mempunyai harta.

Jadi, insan yang memiliki harta lakukanlah ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai harta. Bagi insan yang tidak mempunyai serta memiliki harta, usah bersedih.

Masih ada jalan lagi untuk kita mengerjakan ibadah sekalipun kita tidak mempunyai harta berlipat ganda. Lakukanlah kebaikan sekalipun sebuah senyuman.

Murahkan doa sekalipun tidak mampu untuk berbahasa syurga. Sebarkanlah salam serta pereratkan ukhuwah sesama umat manusia.

Satu sedekah beribu berkah

Kerana, setiap kebaikan itu adalah sedekah. Dan setiap sedekah itu meraih pahala daripada Allah SWT. Sama ada kita berharta mahupun tidak, didiklah diri untuk berbaik sangka sesama kita. Ubat hati.

Memberi juga adalah sunnah mulia Rasulillah SAW. Baginda SAW dan sifat memberinya sangat mengagumkan. Jika didapatinya satu biji kurma pun, pasti baginda SAW akan tetap memberi.

Jika sedikit nikmat pun Rasulillah SAW mudah untuk memberi, kenapa kita yang mendapat banyak nikmat sukar untuk memberi?

Berilah walaupun tiada, sedikit, hatta banyak harta. Allah SWT dan Rasulillah SAW memberi, kerana ingin mendidik bangsa manusia akan tentang kemuliaan.

Di mana, dalam kemuliaan itu ada sifat kasih sayang sesama kita. Tidak dilupakan juga, insan yang memberi itu adalah insan yang cinta akan Tuhan dan Rasul.

Insan yang memberi itu adalah insan yang taat dan bertaqwa. Insan yang memberi itu adalah ahli syurga.

******

Artikel ini adalah kiriman ke inbox emel kami, oleh pengirim setia kita, sahabat kita, Mohamad Nasiruddin Bin Amir [http://putih-hitam-kita.blogspot.com/] . Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca AI. Barakallah fii kum =)

Meraih Berkah Dengan Sedekah! Muhamad Naim Abd Manaf


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.