Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Kejohanan Pencak Silat Taming Sari Vi Terbuka UKM 2014

$
0
0

Blog Aku ISLAM Blog Aku ISLAM - La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!

silat

this is silat by azimpuch

Rasulullah SAW bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim)

Islam adalah satu agama yang menggalakkan kita semua untuk beriadah dan bersukan.

Selain daripada menjadikan tubuh badan kita kuat dan terhindar dari penyakit yang memudaratkan, ia juga penting kerana kekuatan tenaga dan fizikal akan dapat melahirkan rasa gerun dalam kalangan musuh Islam yang sentiasa mencari peluang untuk melakukan ancaman serta provokasi terhadap umat Islam.

Tahukah anda Rasulullah pernah bergusti?

Ada riwayat menyatakan Rasulullah SAW pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy bernama Rukanah Bin Abu Yazid bin Hashim.

Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya.

Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukanah akan memeluk Islam. Keputusannya, Rasulullah SAW dapat mengalahkan Rukanah dan memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Akhirnya, ahli sukan Quraisy itu memeluk Islam.

Festival Dan Kejohanan Pencak Silat Taming Sari VI  Terbuka IPT Dan Jemputan Antarabangsa 2014  Universiti Kebangsaan Malaysia

Festival yang akan dianjurkan pada 26 – 30 Januari 2014 ini merupakan kejohanan tahunan anjuran Kelab Pencak Silat UKM dengan kerjasama pihak Pusat Sukan UKM, Pusat Kebudayaan UKM serta Muzium Warisan Akademik UKM.

Matlamat kejohanan ini adalah bertujuan menjadi pentas anak muda menunjukkan kebolehan mempertahankan diri serta bersaing secara sihat di samping menjadi medan anak muda saling mengenali dan menambahkan kenalan dari dalam dan luar negara.

Kejohanan Taming Sari ini ditubuhkan dan hanya dianjurkan oleh para pelajar UKM sendiri atas usaha mewujudkan kejohanan yang boleh menjadi tempat para atlet IPT bersaing secara sihat seterusnya berjaya menjadi tumpuan dalam mendapatkan tempat sebagai wakil negara ke sukan-sukan antarabangsa.

Festival pula melibatkan pameran dan jualan persenjataan Melayu serta terdapat beberapa slot talk show tentang alam Melayu dan dunia persilatan.

Mari mengenali dunia persilatan Melayu

Pihak kejohanan menjemput pelajar-pelajar sekolah dan anak muda untuk lebih mengenali dunia persilatan Melayu yang suatu ketika dulu menjadi kebanggaan Melayu Nusantara.

Marilah sama-sama kita memeriahkan festival yang berprestij ini. Maklumat lanjut dan tentatif kejohanan boleh dimuatturun (download) disini:  [ Klik Disini ]

silat-2

Riadah membina ukhwah

Sukan dan riadah bukan sahaja sekadar menguji kekuatan dan kehebatan fizikal tetapi lebih jauh lagi ia membina hubungan ukhuwah serta silaturahim demi perpaduan ummah.

Nikmat kesihatan yang dikurniakan Allah SWT wajar dimanfaatkan secara betul menurut landasan syariat supaya kita menjadi mukmin atau mukminah bertakwa kepada Allah serta bersedia menabur khidmat dalam masyarakat.

Kejohanan Pencak Silat Taming Sari Vi Terbuka UKM 2014 Muhamad Naim Abd Manaf


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes