Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Jangan Pernah Putus Asa Walau dikeji. Walau Perit Kerja Dakwah Ini

$
0
0

Blog Aku ISLAM
Blog Aku ISLAM - La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!

kerja dakwah

jangan putus asa dalam kerja dakwah

Ya. Daie’ juga manusia. Ada masa diuji. Ada masa lemah. Ada masa dikeji. Ada masa terikut nafsu.

Tapi, Allah kan ada. Untuk tunjukkan jalan.

Yang penting, jangan putus asa. Jangan tinggalkan Allah. Sandarkan semua pada Allah. Dan, ikhlas.

Penat dengan kerja dakwah?

Syurga tu kan tempat rehat yang terbaik. Biar penat sekarang, nanti kat syurga rehat puas-puas.

Penat dengan umpat keji manusia?

Rasulullah lebih teruk diuji semasa baginda nak sampaikan Islam. Tapi Rasulullah tetap sampaikan Islam.
Para sahabat, lebih teruk diuji. Tapi, mereka tetap bersama Rasulullah, teruskan kerja dakwah.

Apalah sangat ujian kita hari ini kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah dan para sahabat.

Rasa penat lagi?

Nak berhenti dakwah?

Putus asa?

Tak mampu dah nak jadi daie’?

Hei, kita semua ni daei’, okay.

Setiap orang Muslim itu adalah daie’. Kita dilahirkan sebagai khalifah. Kerja dakwah itu sebahagian dari tugas kita.

Kata nak Islam menang. Kata nak tengok Islam tertegak. Kata nak Islam dihormati.

So, kenapa nak putus asa dengan kerja dakwah ni?

Kalau rasa diri ini dah terlalu penat dengan kerja dakwah ini, cuba bayangkan kalau 1400 tahun dulu, Rasulullah juga seprti kita. Rasa penat dan putus asa dengan kerja dakwah ini. Apa akan terjadi? Adakah Islam akan terus berkembang? Adakah akan ada sinar Islam disini?

Tapi, tak. Rasulullah tak pernah penat. Tak pernah putus asa. Tak pernah berhenti. Walau dikeji. Walau diuji. Walau perit jalan yang dilalui. Rasulullah tetap sebarkan Islam. Tetap yakin dan percaya pada Allah.

Ujian baginda lebih hebat. Dibandingkan dengan ujian kita. Terlalu jauh bezanya.

Sahabat. Kerja dakwah ini memang susah. Tapi, syurga Allah itu mahal harganya. Untuk dapat sesuatu yang mahal harganya, perlu berusaha. Perlukan keringat. Perlukan pengorbanan.

Andai dakwah ini perlukan airmata, biar air mata itu mengalir.

Andai dakwah ini perlukan pengorbanan, korbanlah.

Andai dakwah ini perlukan kekuatan, pohonlah pada Allah.

Andai dakwah ini sukar, bersatulah.

Apa sahaja yang dakwah ini perlukan, berikanlah. Kerna inilah tugas kita.

Jangan Pernah Putus Asa Walau dikeji. Walau Perit Kerja Dakwah Ini
Muhamad Naim Abd Manaf


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.