Blog Aku ISLAM
Blog Aku ISLAM - La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!
Sungguh ujian itu indah .
Disebalik, tubuh yang berdiri,
Disebalik kaki yang melangkah,
Disebalik bibir yang mengukirkan senyum,
Dihatinya tersimpan rasa kosong,
Sungguh hijrah itu manis,
Sungguh kembali kepada fitrah itu mendamaikan,
Namun pernah kah kau dengar,
Bahawa bersama hijrah itu kau akan ditemani,
Satu teman yang setia iaitu ujian.
Satu demi satu ujian mengetuk,
Datangnya silih berganti,
Hingga hati yang teguh mula rapuh,
Saat itu hanya Allah memahami,
Akhirnya kau tersedar bersama ujian itu,
Hadirnya hadiah,
Bernama hikmah,
Kekuatan , ketabahan , kecekalan dan kesabaran
Yang kau pinta darinya kini ada bersamamu,
Segalanya lahir dari ujian dariNya.
Kini kau tersenyum,
Benar kasihNya berbeza berbanding kasih umat,
CaraNya teristimewa,
Membuat kau rasa dihargai.
Subhanallah, nukilan buat diri dan sajabat , sekian lama menyepi, ingin rasanya ke, bali berkongsi, hijrah. Saat hati terdetik, luhur rasanya jiwa.
Pernah rasa? Mulut orang, ujian hati semuanya dirangkum menjadi satu warkah cinta yang terpahat dijiwa, dibawa kemana-mana agar ia mampu menjadi pertahanan saat jiwa mula rasa rebah.
Saya. Menulis jiwa saya. Menulis berkongsi perjalanan meraih kasih dan cintaNya.
Dan saya diuji dengan apa yang saya tulis. Contohnya, saya dah move on, Allah kirimkan ujianNya, sebab nak uji apakah benar saya betul dah move on. Saya yakin denganNYa, Allah uji keyakinan saya padaNYa.
Dulu, saya tak mampu bersangka baik, sekarang Alhamdulillah setelah Allah benar-benar membuktikan kasih sayangNya, kenapa tidak untuk berbaik sangka saat Allah mula menguji?
Hijrah itu perlukan istiqamah.
Naqibah tanya,
Kenapa nak masuk bulatan gembira?
Akak, hijrah itu perlukan istiqamah, dan istiqamah itu payah, jiwa perlukan isi, something Allah uji dengan rasa kosong
***
Ingat satu ni,
Bila mana Allah bagi hidayah kat kita, Allah akan tuntun hati kita pada kebaikan percayalah dan rasa itu indah sangat saat kita mula menyedarinya. Allah itu tidak menguji melainkan DIA rindu dan mahu kita bergantung hanya padaNYa.
Alhamdulillah, saya doakan anda, doakan saya juga. Moga dalam kasih sayang Allah selalu. Wallahualam.
***
Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada Norliyana Zulkifli (cahayakehalusankelembutan.blogspot.com) Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah =)
Baca artikel ini juga :-
Hijrah Itu Perlukan Istiqamah. Sungguh ujian itu indah!
Muhamad Naim Abd Manaf