Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Panduan Iqamat & Doa Selepas Iqamat (Dengan Ejaan Rumi)

$
0
0

doa selepas iqamat

Bagaimana lafaz iqamat dan doa selepas iqamat?

Panduan ini akan membimbing anda mengenai cara lafaz iqamat, cara menjawab iqamat dan doa selepas iqamat.

Semua bacaan akan dipermudahkan dengan ejaan rumi bagi membantu mereka yang sukar membaca tulisan arab.

Saya juga menyertakan beberapa perkara berkaitan azan dan iqamat dalam panduan ini.

Jika ini adalah panduan yang anda cari, jom kita mulakan..

Pengenalan

Iqamah menurut bahasa ialah bangun.

Manakala menurut syarak, iqamah adalah membangunkan orang yang hadir untuk mendirikan solat dengan kalimah-kalimah tertentu.

Iqamah dilaungkan sebagai tanda hendak memulakan solat fardu, memberi peringatan supaya berdiri dan bersiap sedia dalam saf untuk mendirikan solat fardu.

 

Syarat-syarat iqamah

Terdapat beberapa syarat iqamah yang perlu kita ikuti.

Antaranya adalah:

  1. Dilafazkan dalam bahasa Arab
  2. Dilakukan oleh seorang
  3. Muwalat (berturut-turut) kalimah-kalimahnya.
  4. Dilakukan selepas masuk waktu solat.
  5. Tertib.

 

Lafaz Iqamat

Iqamat ialah seruan yang dilakukan untuk memberitahu para jemaah bahawa solat berjemaah akan dimulakan.

Kalimah-kalimah seruan iqamat ialah:

Seruan Iqamat dalam Rumi:

āllahu ākbar
āllahu ākbar

āsh’hadu ān lā ilaha illā-llah

āsh’hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah

hayyā `alā-s-salah
hayyā `alā-l-falāh

qad qāma tis-salaah
qad qāma tis-salaah

āllahu ākbar
āllahu ākbar

lā ilaha illā-llah.

 

Maksudnya:

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.

Sesungguhnya solat akan didirikan.
Sesungguhnya solat akan didirikan.

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah

 

Cara Menjawab Iqamat

Apabila kita mendengar iqamat, maka disunatkan untuk kita menjawabnya.

Cara menjawab iqamat ialah dengan mengulangi secara perlahan-lahan apa yang diucapkan muazin dalam iqamat kecuali pada kalimah-kalimah ini:

1. kalimah Hayyā `alā-s-salah

Hayya ‘alas-salāh

Hendaklah dijawab dengan:

cara Jawab azan
La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

 


2. Kalimah Hayyā `alā-l-falāh

Cara jawab azan

Hendaklah dijawab dengan:

cara Jawab azan
La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

 


3. Kalimah Qad qāma tis-salaah

cara jawab iqamat
Hendaklah dijawab dengan:

jawab iqamat
Iqamaha-llahu-wa-ada-maha

Maksudnya:

Semoga Allah menjadikan solat itu terus berdiri dan kekal

 

Doa Selepas Iqamat

Selepas habis sahaja iqamat, kita disunatkan membaca doa sama seperti doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW:

doa selepas iqamat

Doa selepas azan dalam rumi:

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.

  • klik pada ‘play in browser’ untuk memainkan audio

 

Maksud Iqamat:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

 

Adab-adab Semasa Iqamat

Dalam melaungkan iqamat, terdapat adab-adab yang digalakkan untuk dilaksanakan:

  1. Mempercepatkan bacaannya
  2. Berhenti pada setiap ayat seperti yang dilakukan ketika azan
  3. Iqamat diucapkan oleh orang yang melaungkan azan.

 

Jarak Masa antara Azan dan Iqamat

Disunatkan ada jarak masa antara azan dan iqamat.

Jarak masa ini dilakukan demi kepentingan umum iaitu dengan mengambil kira orang yang hendak berjemaah telah hadir, orang yang sedang makan dapat menyelesaikan makannya dan orang yang hendak buang air dapat menyelesaikan hajatnya tanap gopoh-gapah.

Tergesa-gesa adalah daripada syaitan.

Menurut ulama, jarak antara azan dan iqamat ialah selama tempoh makan seseorang yang makan dengan tenang atau mandi dengan cara tenang sahaja.

Al-Imam asy-Syaukani meriwayatkan di dalam Nail al-awthar 1/409, dengan sanadnya daripada Ubay ibn Ka’ab, Rasulullah bersabda:

Wahai Bilal, jadikanlah antara azanmu dan iqamatmu ruang nafas seperti jangka masa seseorang makan dengan tenang bersahaja, atau mandi dengan cara tenang bersahaja.

 

Penutup

Saya berharap artikel ini dapat memberikan panduan kepada anda mengenai iqamat.

Jika anda mempunyai pandangan atau apa-apa persoalan yang ingin ditanyakan, dipersilakan untuk meninggalkan perkara tersebut pada ruangan tersebut di bawah.

Sekian terima kasih.

The post Panduan Iqamat & Doa Selepas Iqamat (Dengan Ejaan Rumi) appeared first on AKU ISLAM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.