Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Doa Selepas Azan, Panduan Azan & Cara Jawab Azan

$
0
0

doa selepas azan

Bagaimana doa selepas azan?

Serta, bagaimana lafaz azan dan cara menjawab azan tersebut.

Panduan ini ditulis dengan lengkap untuk menerangkan topik lafaz azan, cara menjawab azan, doa selepas azan, serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Apa yang penting:

Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Jika anda berminat dengan topik ini, jom kita mulakan..

 

Pengenalan

Azan ialah seruan atau laungan yang dilakukan untuk memberitahu para muslimin bahawa sudah masuk waktu solat.

Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).

Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat.

Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.

Hanya muazzin atau bilal (orang yang meneriakkan azan) lelaki yang boleh melakukan laungan azan.

Perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan.

Sunat di waktu melaungkan azan:

  1. Berwuduk
  2. Menghadap ke arah kiblat
  3. Berdiri sewaktu azan
  4. Dilakukan di tempat yang tinggi
  5. Muazzin hendaklah mengeluarkan suaranya dengan nyaring.
  6. Mengulang-ngulang lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat)
  7. Muazzin menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucap “Haiyya a’lassolah” sambil memalingkan muka ke arah kanan dan berpaling ke arah kiri ketika mengucapkan “Haiyya ‘alalfalah”

 

Kalimah Seruan Azan

Ini adalah kalimah seruan azan yang dilaungkan untuk solat selain daripada waktu Subuh:

lafaz seruan azan

Lafaz Azan Dalam Rumi:

Allah u Akbar
Allah u Akbar

Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh

Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh

Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh

Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh

Allāhu akbar
Allāhu akbar

Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh

  • klik pada ‘play in browser’ untuk memainkan audio

 

Maksud azan:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.

Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan melainkan Allah.

 

Azan Solat Subuh

Kalimah-kalimah seruan azan untuk solat waktu subuh ialah:

seruan azan

Lafaz Azan Subuh Dalam Rumi:

Allah u Akbar
Allah u Akbar

Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh

Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh

Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh

Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh

Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm

Allāhu akbar
Allāhu akbar

Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh

  • klik pada ‘play in browser’ untuk memainkan audio

Maksud azan subuh:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.

Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.

Solat itu lebih baik daripada tidur.
Solat itu lebih baik daripada tidur.

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.

Tiada Tuhan melainkan Allah.

Azan Yang Baik

Azan yang baik adalah azan yang dilakukan oleh orang yang bersuara lantang, elok lafaz azannya dan merdu suaranya.

Tetapi tidak dialunkan dengan berlagu yang berlebihan sehingga mengubah  makna kalimat-kalimat azan.

Perkara paling utama, kalimat-kalimat azan dan iqamah itu dilafazkan dengan hati yang ikhlas untuk mengajak manusia manusia menyembah Allah Yang Maha Besar.

Seruan yang dilakukan daripada hati dan suara yang merdu, InsyaAllah dapat melembutkan hati orang yang mendengarnya untuk melaksanakan perintah Allah SWT.

 

Cara Menjawab Azan

Apabila kita mendengar azan, maka sunat untuk kita menjawabnya.

Cara menjawab azan ialah dengan mengikut atau mengulangi secara perlahan-lahan apa yang diucapkan muazzin dalam azan kecuali pada kalimah:

Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh

Hendaklah dijawab dengan:

cara Jawab azan
La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

 


Kalimah:

Cara jawab azan
Hayya ‘alal-falāh

Hendaklah dijawab dengan:

cara Jawab azan
La Haula wala quwwata illa billah

Maksudnya:

Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.

 


Kalimah:

cara jawab azan
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm

Hendaklah dijawab dengan:

cara jawab azan
sodaqta wa bararta

Maksudnya:

Benar dan Engkau mendapat kebaikan.

 

Doa Selepas Azan

Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:

doa selepas azan

Doa selepas azan dalam rumi:

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.

  • klik pada ‘play in browser’ untuk memainkan audio

 

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.

Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,

Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

 

Kelebihan Azan & Muazzin

Azan mempunyai kelebihan yang sangat besar.

Abu Hurairah r.a menyatakan Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung dalam seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya melainkan dengan undian, pasti mereka akan turut serta mencabut undi

— Riwayat Bukhari dan Muslim

Antara Kelebihan Azan dan Muazzin adalah:

1. Muazzin menjadi pemimpin pada hari kiamat

Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a.

Beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat

— Riwayat Muslim

Ibnu Majah menjelaskan “panjang leher” merujuk kepada ketua atau pemimpin.

 


2. Azan dapat mengusir syaitan.

Abu Hurairah r.a. memberitahu Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:

Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil terkentut-kentut sehingga dia tidak mendengar azan lagi. Apabila sudah selesai azan, dia datang semula. Apabila diserukan iqamah, dia melarikan diri, apabila selesai iqamah dia datang kembali untuk mengganggu (membisikkan) bisikan ingatlah itu dan ini. Sehingga seseorang itu tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sesiapa yang mengalami demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) ketika dia masih duduk.

— Riwayat Bukhari dan Muslim

 


3. Dosa Muazzin Diampunkan Sejauh Suaranya Didengari.

Dosa-dosa muazzin diampunkan sejauh suaranya dapat didengar dan diberi pahala sebagaimana pahala orang orang yang bersolat kerana mendengar seruan azannya itu.

Al-Barra’ bin ‘Azib mengatakan Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan siapa yang mendengar (suara azannya) akan membenarkannya sama ada yang hidup atau yang mati. Disamping itu, disediakan untuknya pahala orang yang bersolat bersama dengannya.

— Riwayat Nasa’i dan Ahmad

Imam Nasa’i mengatakan, yang dimaksudkan dengan pahala orang yang bersolat bersama dengannya itu tidak hanya tertakluk pada mereka yang bersolat bersama denganya di satu tempat atau dalam satu jemaah..

.. tetapi sesiapa juga yang bersolat sesudah mendengar seruan azannya.

 


4. Syurga Menanti Muazin

Muazzin yang melaungkan azan dan kemudian mendirikan solat semata-mata kerana takutkan Allah SWT diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam Syurga.

 

Penutup: Semoga Penerangan Yang Diberi Jelas

Adakah anda sudah jelas dengan penerangan ini?

Saya berharap anda mendapat input yang jelas mengenai lafaz azan, cara jawab azan dan doa selepas azan.

Jika anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya berkaitan topik ini, anda boleh lakukannya pada ruangan komen di bawah.

The post Doa Selepas Azan, Panduan Azan & Cara Jawab Azan appeared first on AKU ISLAM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Latest Images

Trending Articles


Doodle Jump 3.11.34 by Lima Sky LLC


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Inggit Quotes and Taray Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 11.6.1 by Vimeo.com, Inc.


Doodle Jump 3.11.35 by Lima Sky LLC



Latest Images