Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Adakah Kita Islam Yang Sebenar Atau Hanya Sekadar Atas Kertas?

$
0
0

Blog Aku ISLAM Blog Aku ISLAM - La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!

Islam yang sebenar

Islam yang sebenar? | New Born by MyLifeThroughTheLens

Orang kata jika kita dilahirkan melalui Islam itu adalah rezeki dan nikmat yang diberikan oleh allah kepada kita. Ada juga orang cakap itu hanyalah islam atas kertas.

Dan pada pendapat aku pula, itu adalah nikmat yang telah  Allah s.w.t berikan pada kita.

Sepanjang 20 tahun saya berpijak di muka bumi ini, saya rasa saya tidak pernah mengenal apa makna Islam itu yang sebenarnya.

Saya bukan seorang yang lahir dari keluarga yang warak tetapi mereka mengajar saya asas islam dan sangat menjaga akhlak saya.

Saya bersekolah di salah sebuah sekolah jenis cina. Saya hanya mengenal Islam melalui Pendidikan Islam yang hanya di peruntukan selama 2 jam sepanjang seminggu bersekolah.

Adakah itu cukup untuk saya benar-benar mengenal Islam yang sebenar?

Pada waktu itu, saya tidak begitu mengenal Islam yang sebenar kerana faktor persekitaran saya. Saya juga tidak begitu memikirkannya.

Sehinggalah satu hari..

Suatu hari di mana saya berada di salah sebuah universiti.

Saya berasa terkejut dengan kumpulan orang melayu yang agak berbeza dengan  orang cina. Saya juga selalu memerhatikan sekumpulan gadis melayu yang manis bertudung.

Sedikit sebanyak Allah telah memberikan saya hidayah. Syukur Alhamdulillah. Saya bertudung.

Tetapi cara saya bertudung bukanlah sempurna. Mungkin ada yang berkata saya mula bertudung sekadar mengikuti fasyen terkini.  Allah itu Maha Mengetahui.

Setelah saya mula bertudung, saya selalu melihat rakan bilik saya menunaikan solat di mana saya, hanya melihat dan perhatikan. Saya berharap dia akan mengajar saya.

Tetapi apakan daya. Di saat saya mulai kuatkan hati. Dia telah pindah ketempat yang lain.

Bilik saya mulai suram. Tidak lama selepas itu, di gantikan pula dengan seseorang. Dia bertudung. Dan saya berharap dia boleh mengajar saya cara solat.

Tetapi. Dia hanya bertudung. dia tidak menunaikan solat.

Hakikatnya, sukar untuk kita memulakan perkara yang baru pabila tiada yang mendorong kita kearah itu.

Saya belajar solat melalui laman sesawang tanpa di ajar secara realiti. Saya juga ada terbaca, kita wajib mamakai sarung kaki kerana itu juga merupakan aurat.

Saya memulakan segalanya dengan perlahan-lahan.

Pada suatu hari, saya di pandang rendah oleh beberapa orang yang mengatakan hanya orang sakit sahaja yang memakai stoking di tengah hari.

Luluh sungguh hati saya pada waktu itu.

Bukan sekadar itu, di saat saya mulai melabuhkan tudung saya dikatanya saya seorang Mak Cik yang selekeh.

Saya juga tidak memakai pakaian yang ketat selepas saya membuat keputusan untuk mengenal Islam yang sebenar, tetapi manusia itu menghina saya lagi sekali serta bertubi-tubi.

Saya seakan mulai putus asa dengan segalanya.

Tidak dapat saya bayangkan betapa sukarnya untuk saya berubah dengan keadaan manusia yang gemar menjatuhkan manusia yang lain melalui penghinaan.

Tiada sesiapa dipihak saya. Saya yakin Allah bersama dengan saya pada waktu saya dihina.

Saya ada juga terfikir untuk melupakan segalanya dan kembali pada diri saya yang buta Islam. kenapa tiada yang mengejar untuk memahami Islam dan menjadi muslimah yang soleh.

Saya cuba tabahkan diri. Tetapi diri ini tidak kuat.

Saya tidak tahu mengaji Al-quran.

Pada suatu hari, saya telah membeli sebuah Al-quran bersama tafsirannya. Telah menjadi rutin saya setiap malam saya akan membaca tafsirnya.

Banyak yang saya dapat melalui tafsirnya. Saya berasa rugi kerana tidak dapat membacanya melalui Bahasa Arab. Tetapi saya masih bersyukur kerana saya memahaminya melalui tafsirnya.

Allah s.w.t  banyak menekankan bahawa mentauhidkan-Nya dan azab-Nya sangatlah pedih. Tetapi manusia ini hatinya terlalu keras untuk menerima semua itu.

Benar kata orang, Allah s.w.t  itu adalah penawar.

Saya berharap agar Allah menguatkan hati saya dan anda semua  dan iman kita untuk terus berjalan di jalan-Nya yang benar.

*******

Artikel ini dikongsikan oleh sahabat kita, Carrie Anne ke inbox kami. Semoga memberi manfaat kepada semua pembaca.. =)

Sebarang komen amatlah dialu-alukan

Adakah Kita Islam Yang Sebenar Atau Hanya Sekadar Atas Kertas? Muhamad Naim Abd Manaf


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes