Blog Aku ISLAM Blog Aku ISLAM - La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!
Kitaran hidup kita ni macam VCD player
Ada butang open, close, play, stop, pause, rewind and forward.
Hmmpph. Open and close untuk mereka yang datang, tinggal,pergi dan meninggalkan.
Ibarat berumah dalam hati.
Eh! Hiks
Dan bila momen momen di flashback dan TERimbas, ia ibarat macam play, stop, pause, rewind, and forward.
Tekan tekan tekan, Punah. Rosak. Hancur. Paling teruk terenjat kena karen. Yang tu bahaya. Ada ciri ciri trauma. Rasa dia macam kene arial tv.
Kita mana sedar time tekan tekan tu, tahu tahu dah tak sengaja. Dah jadi. Dah tak boleh buat apa. Dah tak mahu. Bosan.
Buang. Habis. The end.
Jangan amalkan kitaran hidup macam ini.
Tak sihat. Selalulah bersihkan habuk, sikit sikit rosak baiki, jangan biar parah. Jangan tunggu goyah.
Sapu dengan taubat, gosok dengan doa, baiki iman, kuatkan cinta Ilahi, rindu kepada Jannah. Istiqamah :)
Hati kita, kita jaga. Jaga baik baik minta Allah yang pegang bukan manusia :)
Pasti, takkan seperti diatas.
Allah kan Maha segala. :)
Percaya! Qawiyy Lillahita’ala.
Berjuanglah wahai jiwa jiwa yang kuat kerana Allah!
Moga moga ada sedikit kekuatan buat mereka yang membacanya :)
*******
Artikel telah dihantar ke Inbox kami oleh Nur Farah Hanan Zainal ( blog ). Semoga memberi manfaat yang besar kepada pembaca semua.
Sebarang komen adalah sangat dialu-alukan
Play Stop Pause. Kitaran Hidup Kita Ni Macam VCD Player Muhamad Naim Abd Manaf