Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Memahami Rukun Iman (Huraian Lengkap)

$
0
0

rukun islam

Apakah rukun iman?

Sebagai seorang Muslim, kita semua wajib mengetahui rukun iman dan rukun islam.

Artikel ini akan membantu anda memahami topik berkaitan rukun iman secara lengkap dan tersusun.

Dalam panduan ini, saya juga akan menyatakan huraian lengkap berkaitan setiap rukun yang terdapat dalam rukun iman, berserta dengan contoh-contoh yang berkaitan.

Jadi, mari kita mulakan..

Pengenalan: Pengertian & Definisi Iman

Setelah mengetahui tentang dua kalimah syahadah, kita perlu mengetahui pula pengertian rukun iman dan rukun islam yang menjadi mahkota kehidupan insan yang bertakwa.

Makna Iman dari  segi bahasa  adalah percaya, yakin dan membenarkan.

Manakala, makna iman dari  segi syarak  pula adalah percaya dengan hati, mengaku iaitu percaya dengan hati, mengaku dengan lidah, dan beramal dengan anggota.

Orang lelaki yang beriman disebut sebagai Mukmin manakala orang perempuan yang beriman pula disebut Mukminah.

Senarai Rukun Iman 

Rukun Iman terdapat 6 perkara, iaitu:

  1. Percaya kepada Allah SWT.
  2. Percaya kepada malaikat.
  3. Percaya kitab-kitab.
  4. Percaya kepada rasul-rasul
  5. Percaya pada hari Kiamat.
  6. Percaya qada’ dan qadar

Huraian Rukun Iman

Di bawah ini dihuraikan secara ringkas rukun-rukun iman:

1. Percaya Kepada Allah SWT


Maksudnya:

Mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang mencipta alam ini dan Dialah Tuhan yang berhak disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup.

Kita tidak boleh memperhambakan diri dalam segala amalan dunia atau Akhirat melainkan keranaNya.

Seterusnya mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan seperti Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Pemurah, Maha Adil dan sebagainya.

 

2. Percaya Kepada Malaikat


Mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai pesuruh-pesuruh yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala titah perintahNya.

Mereka itulah yang disebut malaikat yang bukan manusia dan bukan binatang.

Mereka dicipta daripada cahaya dengan rupa bentuk yang tersendiri, berakal tetapi tidak mempunyai nafsu.

Mereka tetap patuh dan tidak sesekali akan menderhakai Allah SWT.

Mereka bukan lelaki dan bukan perempuan, bukan jin dan bukan syaitan.

Malaikat Yang Wajib Diketahui

Wajib bagi mukmin dan mukminah mengetahui sebanyak 10 malaikat:

Malaikat

Tugas

1. Jibril a.s Menyampaikan wahyu
2. Izrail a.s Mencabut nyawa
3. Mikail a.s Mengagihkan rezeki
4. israfil a.s Meniup Sangkakala
5. Munkar a.s Menyoal dalam kubur
6. Nakir a.s Menyoal dalam kubur
7. Raqib a.s Menulis kebajikan
8. ‘Atid a.s Menulis kejahatan
9. Ridhwan a.s Menjaga Syurga
10. Malik a.s Menjaga Neraka

 

3. Percaya Kepada Kitab


Kitab ialah undang-undang dasar yang dijadikan pedoman atau pengajaran kepada manusia yang hendak dipimpin.

Kitab diberikan kepada para rasul utusan Allah.

Tetapi bagi rasul-rasul yang tidak mempunyai kitab, wajib bagi mereka mengikut dasar kitab yang terdahulu daripadanya.

Pembahagian kitab

Kitab-kitab terbahagi kepada dua:

1. Suhuf

Suhuf merupakan pedoman yang mengandungi penjelasan hukum-hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Suhuf berjumlah 100 buah.

Pembahagian suhuf diberikan kepada:


  1. Nabi Allah Shith (a.s) 50 suhuf
  2. Nabi Allah Idris (a.s) 30 suhuf
  3. Nabi Allah Ibrahim (a.s) 10 suhuf
  4. Nabi Allah Musa (a.s) 10 suhuf

 

2. Kitab

Kitab ialah satu himpunan dasar lengkap untuk segala peraturan dan dasar ketuhanan yang berhubung dengan dunia mahupun dengan akhirat, yang berhubung dengan zahir mahupun dengan yang batin.

Setelah turunnya al-Quran dan terutusnya Nabi Muhammad SAW maka kitab-kitab yang terdahulu itu terbatal dengan sendirinya.

Umat Muhammad SAW hanya menggunakan peraturan dan undang-undang yang tercatat dalam al-Quran sahaja.

Kitab-kitab yang terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana peraturan yang tercatat dalamnya merupakan peraturan umat terdahulu.

Kitab-kitab itu hanya sesuai pada zaman itu dan telah pun diubah suai oleh orang yang berkepentingan peribadi.

Jumlah kitab ini hanya empat buah iaitu:

  1. Taurat ⇒ Nabi Musa a.s
  2. Zabur ⇒ Nabi Daud a.s
  3. Injil ⇒ Nabi Isa a.s
  4. Al-Quran ⇒ Nabi Muhammad SAW

 

4. Percaya Kepada Rasul


Allah SWT mewajibkan atas setiap orang Islam supaya beriman kepada semua rasul yang telas diutuskan olehNya tanpa membeza-membezakan antara seorang rasul dengan yang lain.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 285, maksudnya:

Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) daripada rasul-rasulnya.

Pengertian Nabi Dan Rasul

Nabi

Seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah tetapi tidak ditugaskan menyampaikan kepada orang lain.

Rasul

Seorang lelaki yang merdeka dan mendapat wahyu daripada Allah dan ditugaskan untuk menyampaikannya kepada orang lain.

Tujuan Allah mengutuskan Rasul adalah untuk mengajak umatnya beribadat kepada Allah dan menegakkan agamaNya.

 

Jumlah Nabi

Menurut keterangan dalam riwayat oleh Abu Zarr al-Ghifari bahawa jumlah para nabi ialah sebanyak 124000 orang.

Sementara yang menjadi rasul sebanyak 313 orang sahaja.

Walau bagaimanapun, jumlah yang sebenarnya hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui.

Daripada 313 orang itu, 25 orang sahaja yang disebut dalam al-Quran yang dimulai dari Adam a.s. sehinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.

 

Nama-Nama Rasul

Nama-nama rasul yang wajib diketahui oleh setiap Mukmin dan Mukminah hanya 25 orang.

Nama-nama nabi dan rasul yang wajib diketahui:

  1. Adam a.s.
  2. Idris a.s.
  3. Nuh a.s.
  4. Hud a.s.
  5. Soleh a.s.
  6. Ibrahim a.s.
  7. Lut a.s.
  8. Ismail a.s.
  9. Ishak a.s.
  10. Yaakub a.s.
  11. Yusuf a.s.
  12. Ayub a.s.
  13. Syu’aib a.s.
  14. Musa a.s.
  15. Harun a.s.
  16. Zulkifli a.s.
  17. Daud a.s.
  18. Sulaiman a.s.
  19. Ilyas a.s.
  20. Ilyasa’ a.s.
  21. Yunus a.s.
  22. Zakaria a.s.
  23. Yahya a.s.
  24. Isa a.s.
  25. Muhammad SAW

 

5. Percaya Kepada Hari Kiamat


Masalah yang berhubung dengan Hari Kiamat amat panjang huraiannya tetapi memadailah dalam artikel ini disentuh seimbas lalu.

Perkara-perkara yang berhubung dengan Hari Kiamat ialah bertitik tolak daripada kepercayaan kepada:

  1. Adanya mati.
  2. Pembalasan alam kubur, azab atau nikmat.
  3. Hari kebangkitan setelah dunia ini dihancurkan kesemuanya.
  4. Padang Mahsyar tempat kesemua manusia dan jin akan dikumpulkan untuk diadili.
  5. Dihisab segala amalan dan dilakukan neraca timbangan.
  6. Meniti titian (sirat).
  7. Ke Syurga atau ke Neraka.

 

6. Percaya Kepada Qada’ & Qadar


Perkara terakhir dalam rukun iman adalah percaya kepada qada’ dan qadar.

Pengertian Qada’ dan Qadar

Qada’

Kejadian, hukum yang terjadi dan yang berlaku pada diri seseorang seperti kaya, miskin, elok, buruk, untung, rugi, hidup, mati dan sebagainya.

Qadar

Ukuran dan sukatan yang ditentukan atas tiap-tiap makhluk seperti Ahmad telah ditentukan akan sakit pada 1 Muharram.

Maka apabila tiba tarikh tersebut, maka ahmad pun jatuh sakit.

Ketentuan pada 1 Muharram itulah yang dinamakan qadar atau takdir dan penyakit yang menimpa Ahmad pada 1 Muharram itu dikatakan qada’

Setiap individu mestilah beriktikad bahawa segala pekerjaan makhluk sama ada yang sengaja seperti duduk, makan, minum ataupun yang tidak sengaja seperti jatuh, terperanjat, kemalangan, kesemuanya itu berlaku dengan kehendak Allah SWT.

Kejadian-kejadian itu telah ditentukan sejak azali lagi dan dengan diketahuiNya sebelum masanya berlaku.

Justeru, setiap individu perlu berpegang teguh kepada ketentuan dan ketetapan Allah SWT.

Bersyukur segala nikmat dan insaf serta bersabar terhadap segala musibah.

Walau bagaimana pun, umat Islam dianjurkan berdoa dan berikhtiar kerana masih ada ruang ketentuan Ilahi boleh berubah.

The post Memahami Rukun Iman (Huraian Lengkap) appeared first on AKU ISLAM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Girasoles para colorear


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Sapos para colorear


Love Quotes Tagalog


Two timer Sad tagalog Love quotes


Top 7 Lies of Boys


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.