ISLAM dan Blog Aku ISLAM ISLAM dan Blog Aku ISLAM - Jangan bersedih. Mari kuatkan hati kerana Allah
Semua orang tahu merokok itu merbahaya. Bahaya kepada orang tidak merokok yang berada disekitar, apatah lagi kepada si perokok itu sendiri. Perokok itu sendiri pun saya pasti boleh menyebut satu-persatu bahaya yang dibawa oleh rokok.
Memang sekarang ini banyak kempen kesedaran untuk mengurangkan tabiat merokok di kalangan masyarakat. Siapa yang tak gerun melihat gambar-gambar “ngeri” yang dipaparkan pada kempen yang ditampal pada kotak rokok itu sendiri.
Tetapi mengapa dalam rasa takut dan gerun pun, pada masa yang sama mereka tetap juga merokok?
Bukan tidak mahu berhenti merokok, tetapi tidak boleh.
Ya. Bukan mudah untuk berhenti secara tiba-tiba. Bukan mudah nak putuskan ketagihan yang sudah mendarah daging. Kadang-kadang tok imam dan ustaz pun tak mampu nak berhenti merokok. Bukan mereka tak nak berhenti merokok, tapi mereka tak boleh.
Pernah anda bersama mereka yang sedang dalam proses berusaha untuk berhenti merokok? Atau anda sendiri pernah mengalaminya?
Kalau pernah, pasti kesian melihat mereka seolah-olah separuh mati. Demam-demam, muntah, loya dan berpeluh-peluh. Mereka dalam tempoh ini biasanya pucat dan kelihatan tidak bermaya.
Oleh itu banyak yang tak mampu bertahan dan kembali kepada tabiat asal.
Tetapi merokok tetap juga berbahaya walau apa pun dan kita harus membantu orang tersayang untuk berhenti merokok.
Persoalannya bagaimana kita boleh membantu mereka untuk berhenti merokok?
Apakah Cara dan Ubat Terbaik Untuk Berhenti Merokok?
Menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli keluarga muslim untuk membantu ahli keluarga kita yang mengalami masalah untuk berhenti merokok. Antara yang boleh dilakukan adalah:
1. Bertoleransi dan memberi motivasi
Toleransi, sikap ini merupakan perkara utama yang harus dilakukan oleh anda. Anda tentu akan mengalami kesukaran untuk menyuruh suami agar menghentikan hobi tersebut. Dengan toleransi, lambat laun perubahan itu akan terjadi dan suami anda akan lebih menghargai anda.
Motivasikan di dengan mengingatkan dia dengan tanggungjawab. Antaranya, minta dia merokok diluar penglihatan anak-anak. Dengan demikian, hobi itu tidak membuatnya menjadi jauh dari keluarga dan sentiasa memikirkan orang tersayang.
2. Berpuasa
Dalam islam, berpuasa adalah satu amalan yang sangat digalakkan kerana mempunya banyak kebaikan dan kelebihan. Baginda nabi Muhamad SAW sendiri selalu berpuasa sunat.
Berkorbanlah demi orang tersayang dengan mengajak dia berpuasa bersama-sama. Apabila berpuasa, kita tidak dapat merokok sekurang-kurangnya 13 jam iaitu dari subuh hingga ke waktu maghrib. Walaupun masih berpelung untuk merokok pada waktu malam, ianya akan mengurangkan tabiat merokok
3. Guna bantuan penawar berhenti merokok
Pernah dengar mengenai kemujaraban ubat bernama “VIVIX” dalam membantu ramai orang berhenti merokok?
Banyak respons positif yang mengatakan produk ini sangat mujarab dalam membuang ketagihan merokok. Penawar ini berfungsi dengan menyebabkan perokok mengalami:
- Rasa pahit dan busuk bila merokok
- Rasa semput dan sesak bila merokok
Yang mana akhirnya mereka sendiri akan berhenti dari merokok akibat dari rasa yang mereka alami.
Antara feedback & testimonial dari yang pernah mencuba penawar ini:
[ sila klik pada gambar untuk membesarkan imej ]



Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, boleh la melayari website ini untuk keterangan yang lebih terperinci: http://ibucergas.com
Bukan tidak mahu berhenti merokok, tetapi tidak boleh! Muhamad Naim Abd Manaf