Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Hukum Berkhatan Untuk Lelaki Dan Perempuan

$
0
0

hukum berkhatan

Khitan atau berkhatan (dalam istilah melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung kelentit (clitoris) (bagi perempuan).

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, daripada Nabi SAW yang bermaksud:

Fitrah itu lima perkara – atau lima perkara termasuk daripada fitrah: khatan, mencukur bulu kemaluan (lelaki ataupun perempuan), mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan menggunting misai.

— Hadis riwayat al-Bukhari

 

Hukum Berkhatan

Ada perbezaan pendapat tentang hukum berkhatan atau berkhitan ini.

Ada yang mengatakan ia sunat, dan mazhab asy-syafi’e pula mengatakan berkhitan wajib bagi lelaki dan wanita.

Sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a daripada Nabi SAW maksudnya:

Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki dan merupakan kemuliaan bagi kaum wanita

— Hadis riwayat Imam Ahmad

Manakala bagi mereka yang mengatakan wajib pula berpegang kepada sabda Nabi SAW kepada seorang lelaki yang baru memeluk agama Islam:

Buanglah daripadamu rambut kekufuran dan berkhitanlah

— Hadis riwayat Abu Daud

Seorang anak yang baru lahir disunatkan untuk berkhitan ketika berusia tujuh hari.

Namun, kiraan ini tidak mengambil kira ia dilahirkan.

Perlu diingatkan juga agar keadaan tubuh badan si anak selamat dan tidak mendatangkan kesan buruk selepas khitan dilakukan.

Jika khitan dilewatkan, para ulama menggalakkan khitan itu dilakukan ketika anak berusia tujuh tahun.

Hal ini kerana pada waktu itu, mereka diperintahkan dan dilatih untuk mengerjakan solat serta perlu berada dalam keadaan suci daripada najis.

 

Khatan Bagi Perempuan

Disebutkan oleh Imam Abu Daud daripada Ummu ‘Athiyyah bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh seorang wanita yang mengkhitan seseorang supaya tidak memotong keterlaluan dengan sabdanya:

(Apabila engkau mengkhitan wanita,) janganlah berlebihan (dalam memotong bahagian yang dikhitan). Sesungguhnya ia lebih memberi manfaat (membahagiakan) wanita dan lebih menyenangkan bagi suami

— Hadis riwayat Abu Daud

Berdasarkan hadis ini dapat kita melihat bahawa khitan bagi wanita adalah dengan memotong sedikit mungkin bahagian kulit yang terdapat pada klitoris.

Rujukan tambahan mengenai perkara ini boleh dilihat pada laman web mufti wilayah persekutuan:  HUKUM BERKHATAN BAGI KAUM WANITA

 

Hikmah Berkhitan

  1. Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama
  2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam
  3. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat.
  4. Pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit.

The post Hukum Berkhatan Untuk Lelaki Dan Perempuan appeared first on AKU ISLAM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Sapos para colorear


Re:Mutton Pies (lleechef)


Re: lwIP PIC32 port - new title : CycloneTCP a new open source stack for...


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


EASY COME, EASY GO


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


From Male to Female


Friends Quotes, Miracle Quotes


Vimeo 11.5.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


MrBolero Top 5 Tunay na Pogi Lines


RE: Mutton Pies (frankie241)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.5.2 by Vimeo Inc


Vimeo 11.8.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear