Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Perbezaan Antara Amatur dan Profesional

$
0
0

amatur dan profesionalMengapakah ada di antara kita yang sangat berjaya dan ada di antara kita yang hanya konsisten bekerja yang biasa-biasa?

— Jawapannya rumit dan pelbagai.

Ramai yang di antara kita yang amatur.

Amatur akan berhenti bersungguh-sungguh apabila mencapai sesuatu matlamat.

Profesional tidak berhenti, kerana ia percaya sesuatu pencapaian itu hanyalah permulaan.

Amatur mempunyai objektif sahaja manakala Profesional mempunyai proses yang panjang dan jauh ke depan.

Amatur percaya yang ia bagus dalam apa jua perkara. Profesional mengetahui, tahap atau lingkaran kecekapannya.

Amatur melihat kritikan dan bimbingan sebagai ancaman.

Profesional pula arif tentang kelemahannya serata mencari dan meraih kritikan yang membina.

Amatur menilai intensiti.

Seperti seorang presiden kelab mampu untuk mengadakan majlis makan malam yang lumayan.

Profesional menilai konsistensi.

Seperti presiden kelab yang konsisten mengadakan kelas bimbingan khas berkala buat ahlinya demi pembangunan modal insan.

Amatur memandang sesuatu kegagalan itu sebagai titik berakhirnya perjuangan dan mereka beranggapan mereka orang yang gagal selama-lamanya.

Profesional memandang sesuatu kegagalan itu sebagai titik permulaan dan peluang untuk mereka membaiki diri mereka demi pertumbuhan bakat dan potensi.

Amatur memandang matlamat akhir itu menyeronokkan membenci kepada prosesnya.

Profesional memandang proses untuk mencapai matlamat akhir, kedua-duanya menyeronokkan.

Kedua-dua itulah kebahagiaan mengikut persepsi profesional.

Amatur berkehendak untuk bersaing serta menjatuhkan pihak lawan atau penyaingnya.

Profesional berkehendak untuk membantu semua individu untuk terus maju dan berjaya bersamanya.

Amatur menuduh orang lain. Profesional berani bertanggungjawab.

Amatur mementingkan kecepatan. Profesional mementingkan kejauhan kejayaan.

Amatur memikirkan perkara yang terang-terang boleh berlaku.

Profesional memikirkan perkara yang terang-terang boleh berlaku, serta segala kemungkinan yang berpotensi untuk berlaku.

Amatur melihat percanggahan pendapat sebagai ancaman dan kelemahan.

Profesional melihat percanggahan pendapat sebagai perkembangam ilmu pengetahuan.

Amatur hanya ingin mendapat nama dan sanjungan. Profesional ingin memaksimumkan manfaat umum.

Amatur melihat kronisme sebagai peluang keuntungan.

Profesional melihat prinsip yang luhur sebagai peluang keuntungan.

Seorang ahli falsafah pernah mengungkapkan, “kita sangat suka meminta Tuhan untuk mengubah nasib dan takdir, tetapi kita malas untuk memahami hakikat dunia”

Amatur ialah mereka yang sangat suka meminta Tuhan untuk mengubah nasib dan takdir manakala profesional ialah mereka yang berusaha untuk memahami hakikat dunia.


Rujukan:

  1. The difference between the Amateurs and Professionals  — Farnam Street
  2. Mat Luthfi, Kisah 25 Filsuf Barat (2016)

Artikel ini adalah tulisan saudara Sadiq Salihoddin. Semoga memberi input yang berguna kepada semua pembaca

The post Perbezaan Antara Amatur dan Profesional appeared first on AKU ISLAM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Sapos para colorear


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


INUMAN QUOTES


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Re:Mutton Pies (lleechef)


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear