Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Selitkan Cita-Cita Menjadi Daie – Seperti Lampu Pendaflour!

ISLAM dan Blog Aku ISLAM ISLAM dan Blog Aku ISLAM - Jangan bersedih. Mari kuatkan hati kerana Allah

Image may be NSFW.
Clik here to view.
daie

Daie ibarat pendaflour yang menerangi kegelapan | train ride by crooklyn2108

Apa yang kita rancang untuk akhirat kita sebenarnya?

… tertanya di dalam Qalbu.

Ya, apa sebenarnya?

Allahu..

Terlalu ‘sibuk’ sehingga perkara yang dianggap ‘kecil’ ini, sering terlepas pandang.

Ya, selalunya terlepas pandang. Kan?

Muhasabah buat roh dan jasad.

Maka, langkah seterusnya?

Rabb, tuntun langkah kami. Permudahkan segalanya. Kuatkan kami. Kuatkan kami melalui momen-momen ini. Ya, Qawiy (kuat). Lillahi Ta’ala.

Sama ada kita seorang jurutera, doktor, ustaz, tukang kebun, juruteknik atau apa sahaja.

Selitkanlah di hujung cita-cita ini mahu menjadi Daie.

Ya, Daie.

Daie ibarat lampu pendaflour di jalan yang gelap.

Ia memberi cahaya kepada pengguna jalan raya.

Jadilah seperti lampu pendaflour itu. Bermanfaat kepada diri sendiri. Bermanfaat kepada yang lain.

Bukankah ia umpama kita manfaatkan dunia ini ke jalan diredhai Sang Pencipta?

“Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.” (Surah al-Kahfi 18 : 7)


Siapa yang lebih baik amalnya?

Ya, setiap perkara di dunia ini adalah ujian buat kita. Hatta, sesuatu yang kita sayang itu juga adalah ujian. Untuk upgrade iman atau sebaliknya.

Daie terbaik ialah Rasulullah. Apabila kita mempelajari kehidupan baginda, kita akan menemui contoh paling tepat untuk menjadi daie buat ummah.

Ya. Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam. Qudwah Hasanah yang tepat.

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasulullah SAW.

Aisyah menjawab,


“Akhlak Nabi SAW adalah Al-Quran.” 
(Hadith Riwayat Muslim)

“ Ya Allah, Kau keraskanlah hatiku dengan pujian, dan Kau lembutkanlah ia dengan nasihat dan teguran.”

Allahumma Aamiin. Aamiin Ya Mujib.

Berdo’alah kamu kepada Allah Ta’ala dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ya, yakin!

Kata Maulana Jalaluddin Ar-Rumi;

“Segala yang dari hati, akan masuk semula ke dalam hati. “

Berbicaralah melalui hati. Berdo’alah melalui hati.

Ya, qalbu.

Kalau hati itu baik, maka baiklah jasadnya, bukan setakat jasad, malah apapun perkara yang kita lakukan daripada hati yang baik akan menjadi indah. Percayalah. Dia Maha Mengetahui. Tiada hijab. Sang Pemerhati.

Sang Rabb, mencintai kita.

Sangat.

Percayalah.

———————————————————————————————————————

Daie.

Saat kita ‘lelah’.

Akan ada tangan-tangan yang mengenggam erat.

Akan ada tangan-tangan yang mendo’akan kita.

Tiap masa. Dalam diam. Tetapi penuh bermakna.

Membuat kita tidak pernah lupa;

Mahabbah Sang Rabb itu selalu ada untuk kita.

Jazakumullahu Khairan Kathira.

Menjaga hidayah lebih sulit dari mengenal hidayah.

Semoga ‘kamu’ sentiasa dalam Mahabbah-Nya.

“Apabila seseorang itu mendoakan untuk saudaranya di kala tidak berhadapan dengannya, maka berkatalah malaikat : kamu pun menerima sebagaimana doamu itu.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Lillah! :’)
Tabarakallah.
Semoga Allah Redha.

****

Artikel ini adalah perkongsian daripada Nurhidayah binti Nurdin blog / Twitter / FB ] ke inbox kami. Semoga apa ilmu yang ingin disampaikan memberikan manfaat kepada kita semua, InsyaAllah =)

Selitkan Cita-Cita Menjadi Daie – Seperti Lampu Pendaflour! Muhamad Naim Abd Manaf


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.