Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Sihat Berkhasiat & Sangat Sedap Rasanya

$
0
0

AKU ISLAM
AKU ISLAM - Demi Allah, jangan bersedih!

Assalamu’alaikum Wrmbth, Makanan yang halal dan berkhasiat penting untuk tubuh & rohani yang baik.

Apa lagi untuk ibu mengandung.

Ia akan mempengaruhi jiwa anak yang bakal dilahirkan.

 

12 Buah Buahan yang baik untuk ibu hamil 

Ibu mengandung memerlukan banyak khasiat untuk keperluan dirinya sejak awal kehamilan supaya ibu dan anak di dalam kandungan sihat dan membesar dengan baik. 

Pengambilan buah yang baik untuk ibu hamil sangat penting kerana ia merupakan makanan semulajadi yang kaya  kandungan zat yang bermanfaat. 



Buah buahan membekalkan nutrisi seperti beta carotene yang membantu pembentukan tisu dan sel tubuh, dan juga memberikan sistem keimunan yang lebih kuat. 


Buah buahan juga adalah sumber vitamin c yang penting untuk perkembangan gigi dan tulang bayi dan juga asid folik yang membantu mencegah kecacatan janin.



Bagaimana untuk memastikan vitamin c yang diambil seharian mencukup semasa puan mengandung? Macam mana nak dapatkan vitamin c yang perlu dalam kesibukan seharian? Boleh cuba makanan tambahan yang kaya dengan vitamin cBaca disini


Serat atau fiber yang kaya di dalam buah buahan membantu ibu hamil untuk mengatasi beberapa masalah seperti sembelit dan terbentuknya buasir. 


Berikut kami berikan beberapa buah yang baik untuk ibu hamil beserta dengan manfaatnya

1. Aprikot

Aprikot merupakan buah import yang sedap dan tergolong sebagai buah berbiji. 

makanan untuk ibu hamil diet sihat

Ada diriwayatkan dari Rasulullah SAW tentang kepentingan makanan yang halal & doa yang dimakbulkan.
Mula Hadis


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا، وَإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِيْنَ، فَقَالَ تَعَالَى : (( يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا )) وَقَالَ تَعَالَى : ((يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ )) ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيْلُ السَّفَرَ: أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ: يَا رَبِّ، يَا رَبِّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ ؟

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: 


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: 

“Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik.”

“Sesungguhnya Allah Ta’ala memerintahkan kepada kaum mukminin seperti yang Dia perintahkan kepada para rasul.”

“Maka, Allah Ta’ala berfirman, ’Wahai para rasul! Makanlah dari (makanan) yang baik-baik, dan kerjakanlah kebajikan’ –al-Mu’minûn/23 ayat 51- 

“Dan Allah Ta’ala berfirman,’Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rizki yang baik yang Kami berikan kepada kamu’ –al-Baqarah/2 ayat 172

“Kemudian Rasulullah SAW menyebutkan orang yang lama bermusafir; Rambutnya kusut, berdebu, dan menadahkan kedua tangannya ke langit”

“Wahai Rabb-ku, wahai Rabb-ku,’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, dan diberi kecukupan dengan yang haram, bagaimana doanya akan dikabulkan?”

Hadits ini shahih, diriwayatkan oleh Muslim, no. 1015.
TAMAT HADIS

Menyedari kepentingan yang halal dan baik, adalah menjadi tanggunjawab ibu dan ayah untuk memastikan setiap rezeki yang dibawa ke rumah.



Bagi makan minum dan keperluan harian datang dari sumber yang halal. Dan pakaian yang menutup aurat seperti jubah muslimah atau abaya.


Supaya keluarga kita dekat dengan Allah dan doa juga mudah dimakbulkan.


Puan sudah tak sabar? 


Mari sama sama kita mulakan


Artikel ini terdiri daripada 6 bahagian, sila klik no dibawah untuk terus melompat ke bahagian tersebut.
  1. 6 Makanan untuk ibu mengandung Yang Berkhasiat & Sihat Untuk Anak Dalam Kandungan
  2. 12 Buah Buahan yang baik untuk ibu hamil
  3. Makanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung & Perkembangan Janin
  4. Makanan rohani untuk ibu mengandung (Doa & Surah Al Quran)
  5. Makanan yang dilarang untuk ibu hamil
 


6 Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Berkhasiat & Sihat Untuk Anak Dalam Kandungan

Secara umumnya,terdapat 6 jenis makanan yang baik untuk ibu dan anak semasa kehamilan.


Apakah 6 makanan ini?



Sama sama kita lihat. 


1. Sayur-sayuran

Semasa trimester awal kehamilan (3 bulan pertama mengandung) memang ramai ibu hamil akan mengalami gejala loya dan muntah muntah atau morning sickness. 

Jika puan mempunyai keadaan yang sama, banyakkan pengambilan sayuran berdaun hijau kerana ia kaya dengan pelbagai zat untuk ibu dan bayi. 


Sayur sayuran dapat membantu mengurangkan rasa mual dan sangat berkhasiat dengan vitamin & zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam badan. 



Bagaimana jika puan tidak suka makan sayur & buah buahan? Macam mana nak dapatkan khasiat ini? Boleh cuba makanan tambahan untuk vitamin & zat besi. Baca disini

Namun begitu puan perlu memastikan sayur sayuran yang hendak dimakan semasa hamil telah dimasak dengan baik.

Sayur yang tidak disediakan dengan betul boleh mendatangkan mudarat. Boleh klik disini untuk artikel khas tentang kepentingan makanan yang bersih semasa mengandung


2. Produk tenusu (Diperbuat dari susu)

Semua produk yang diperbuat dari susu kaya dengan protein untuk kegunaan ibu hamil.

Sangat penting bagi puan untuk memastikan bekalan protein dan kalsium yang tinggi semasa mengandung cukup untuk keperluan seharian. 


Antara fungsi protein dari produk tenusu untuk puan semasa hamil ialah
  1. Pembinaan jaringan sel bayi 
  2. Memulihkan jaringan yang rosak 
  3. Bahan mentah untuk membina otot. 
Selain protein, kalsium yang banyak boleh diperolehi daripada hasil tenusu.

Bekalan kalsium yang mencukupi semasa hamil penting 
  1. Dalam pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan 
  2. Dan mengelakkan tulang ibu reput (osteoprosis) kerana bayi mengambil dari ibunya.
Antara produk tenusu yang baik untuk di makan semasa hamil adalah seperti keju, yogurt, susu.


Bagaimana jika puan tidak suka minum susu kerana loya ataupun lactose intolerant? Macam mana nak dapatkan kalsium yang cukup semasa hamil? Boleh cuba makanan tambahan untuk kalsium supaya gigi & tulang kuatBaca disini

Sekali lagi, puan puan mestilah memastikan produk tenusu ini telah pun dipasteur terlebih dahulu supaya ia selamat dimakan semasa hamil.

Boleh klik dan baca link ini untuk bacaan tambahan

 

 

3. Buah-buahan

Ada ibu hamil yang hilang selera makan pada peringkat awal kehamilan. Ini kerana alahan mengandung atau nama popularnya “morning sickness”.
Bagi ibu ibu yang mengalami alahan mengandung, Insyaallah artikel cara mengatasi loya dan alahan kehamilan ini akan sangat membantu. Klik untuk baca. Ada 26 cara semuanya.

Dan cara ke 26 adalah dengan memakan buah buahan. 
 
Sedap. Menyegarkan. Terutama jika dimakan sejuk. Betulkan?

Jadi mulai sekarang, puan puan yang sedang hamil boleh teruskan makan buah-buahan kerana ia membantu meningkatkan stamina dan membekalkan tenaga kepada ibu mengandung. 
 
Buah buahan kaya dengan vitamin yang mengurangkan loya dan alahan hamil, mineral dan membekalkan serat yang juga membantu lebih lawas. Dan mencegah sembelit.
Sembelit semasa tak mengandung? Sakit.
 
Sembelit semasa mengandung? Lagi Sakit.

Bagaimana jika puan loya kerana alahan hamil & tidak lalu makan buah buahan? Apa yang dimakan semua keluar semula. Macam mana nak dapatkan vitamin yang perlu untuk kurangkan alahan hamil? Boleh cuba makanan tambahan untuk kurangkan loya & alahan mengandungBaca disini



Jika puan rasa jemu untuk makan buah setiap hari, tambahkan sedikit daya kreativiti.Bekukan buah buahan tersebut dan kisar menjadi jus, salad dan smoothies. 
Apabila badan cukup vitamin dan mineral, ibu mengandung dan anak dalam kandungan akan lebih kuat dan kebal dari penyakit.
 
Boleh klik dan baca link ini untuk bacaan tambahan
 

4. Bijirin

Ambillah makanan berasaskan bijirin setiap hari sebagai amalan yang baik untuk ibu hamil. 
Tetapi, ambil tahu juga kandungan gula didalam makanan tersebut untuk mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan.


Antara makanan berasaskan bijirin yang mengandungi gula yang tinggi adalah bijirin sarapan pagi.


Sumber bijirin yang lebih baik untuk sajian ibu mengandung adalah roti bijirin yang berserat penuh.



Terutama yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini kerana ia lebih lambat diserap dan tidak meninggikan paras gula dalam darah dengan mendadak.



Puan juga akan kenyang lebih lama. Jadi peluang untuk berat badan naik mendadak semasa mengandung lebih rendah.



Bagaimana jika puan menghidap diebetis & risau paras gula darah tak terkawal semasa hamil? Ambillah makanan yang lambat dihadam dan mempunyai indeks glisemik rendah? Boleh cuba makanan tambahan untuk kawal paras gula semasa hamilBaca disini

Bijirin juga mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti ibu hamil dan keperluan khasiat janin dalam kandungan.
 

5. Kekacang

Kekacang sangat sesuai dijadikan snek untuk ibu hamil. Oleh kerana saiznya yang kecil dan mudah dibawa ke mana mana.

 

Khasiat kekacang memang baik kepada ibu hamil terutama di awal kehamilan. Kacang seperti badam kaya dengan omega 3.
 
Omega 3 ni penting ke?
 
Penting. Sebab ia sangat baik untuk perkembangan otak. Jadi ibu mengandung seperti puan dan anak di dalam kandungan akan lebih bijak dan kuat ingatan.


Bagaimana untuk pastikan keperluan omega 3 harian puan cukup semasa mengandung? Terutama jika puan bekerja dan sibuk dengan urusan pejabat dan rumah? Boleh cuba makanan tambahan kaya omega 3 & DHA untuk ibu hamil & anakBaca disini
 
Disamping itu banyakkan juga membaca buku buku bermanfaat dan al quran untuk memupuk tabiat membaca anak anak sejak dari dalam rahim ibu lagi. Dan tutuplah aurat dengan sempurna contohnya Jubah muslimah seperti abaya hitam.


Puan mahu anak bijak kan?

Kekacang juga kaya dengan kandungan protein untuk pembinaan tisu dan otot serta membekalkan tenaga untuk ibu. 

Kandungan asid folik dan vitamin B di dalam kekacang juga memang diperlukan untuk perkembangan sistem saraf bayi.
 
Bagaimana pula jika anda menghidap G6PD?  Boleh klik dan baca link ini untuk bacaan tambahan
 
 

6. Makanan laut

Pembentukan otak janin sangat pesat berlaku sejak awal kehamilan lagi. 

 

Bagi membantu anak anak kita lebih pintar, ibu hamil perlu makan makanan yang baik untuk otak.
 
Selain kekacang, makanan laut juga kaya dengan omega 3.

Jadi, ibu ibu mengandung sangat disarankan mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi protein supaya otak janin cukup khasiat untuk perkembangan minda.
 
Ambillah makanan laut seperti ikan, udang, sotong. Tetapi, berhati hati juga dengan sumber makanan laut tersebut.
 
Kenapa kena hati hati?
 
Sebab ada hidupan laut, terutama dari lautan dalam tercemar dengan merkuri. Merkuri sangat bahaya untuk ibu dan bayi.
 
Jadi apa saya nak buat?
 
Mudah saja. Baca artikel ini mengenai ikan


Boleh klik dan baca link ini untuk bacaan tambahan
 

Aprikot segarKebiasaannya buah aprikot segar sukar dibeli di Malaysia. Buah ini mungkin tidak popular di Malaysia namun cukup popular di negara barat seperti Amerika.  Tetapi jangan bimbang, buah aprikot masih boleh diperolehi di Malaysia dalam bentuk kering. Kajian terkini telah menunjukkan biji buah aprikot mempunyai khasiat untuk mencegah penyakit kanser. Disini kami sertakan beberapa manfaat dari aprikot bagi ibu hamil antara lain:

  • Buah aprikot kaya dengan vitamin A, C, E, Beta Carotene, fosforus, Silikon, Kalsium, zat besi, dan Potassium.
  • Aprikot mengandung semua khasiat penting yang akan membantu perkembangan bayi dalam rahim ibu.
  • Aprikot kaya dengan zat besi yang penting untuk membina sel darah merah dan mencegah anemia.
  • Sangat digalakkan untuk puan untuk makan 3 ke 4 biji aprikot setiap hari untuk keperluan anda semasa mengandung.

2. Buah CeriCeri merupakan buah yang kaya dengan vitamin C. Warna merahnya yang cantik sangat menarik.Terdapat banyak lagi manfaat buah ceri untuk ibu hamil seperti:

  • Semasa kehamilan, seorang ibu memerlukan vitamin C yang cukup untuk meningkatkan keimunan terhadap penyakit berjangkit seperti bahaya selesema dan banyak lagi. Penggunaan antibiotik sangat berbahaya semasa hamil. 
  • Memakan ceri semasa hamil juga akan membekalkan darah yang cukup daripada ibu kepada anak di dalam rahim melalui tali pusat / plasenta.
  • Ceri mengandung melatonin, sejenis hormon antioksidan yang membantu untuk merangsang pertumbuhan sel sepanjang kehamilan dan menjadikan emosi ibu lebih stabil.
  • Terdapat kajian menunjukkan khasiat melatonin dalam membantu ibu untuk tidur lebih nyenyak kerana khasiat anti tekanan.

3. AnggurApa pula manfaat buah anggur untuk ibu hamil? Selain warnanya yang menarik dan rasanya yang sedap, anggur sangat bagus untuk ibu mengandung.  Terdapat pelbagai cara pengambilan anggur seperti dimakan segar, dibuat jus, dikeringkan dan dimakan sebagai kismis, dan lain-lain. Beberapa manfaat dari anggur untuk wanita mengandung ialah:

  • Anggur mengandung banyak nutrisi ibu hamil penting seperti glukosa, fruktosa, pholbaphene, asam galic, asam silicic, asam oxalic, pektin, magnesium, kalsium, besi, asid folik, dan vitamin B1, B2, B6, B12, A, C, P, PP, dan K.
  • Anggur juga kaya akan enzim yang penting bagi tubuh ibu hamil dan janin anda di dalam kandungan.

 4. Kurma Buah kurma adalah makanan sunnah yang mengandungi seribu satu khasiat kita terutama sekali ibu hamil. Rasulullah SAW ada diriwayatkan  “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, penghuninya kelaparan”.HR Muslim (no: 2046). Masyarakat kita sangat sinonim memakan kurma hanya pada bulan Ramadhan. Insyaallah, ada keberkatannya jika kita amalkan selalu. Kurma tergolong dalam kategori makanan “superfood” sehingga dikatakan manusia boleh hidup hanya dengan makan kurma dan air sahaja. Kandungannya yang kaya dengan vitamin & mineral yang diperlukan oleh ibu serta bayi dalam kandungan. Antara lain khasiat kurma adalah mencegah sembelit, masalah kekurangan darah yang kerap dihadapai oleh ibu mengandung atau yang baru lepas bersalin.  Beberapa manfaat kurma untuk ibu hamil antara lain:

  •  Mengandungi gula ringkas yang membekalkan tenaga – Semasa puan hamil, memang mudah terasa letih. Gula di dalam kurma sedia untuk tubuh untuk ditukarkan kepada tenaga yang diperlukan puan dan janin.
  • Membekalkan protein yang menyokong pembesaran tubuh – Badan puan memerlukan protein yang banyak semasa hamil. Apabila perut bertambah besar, protein digunakan untuk membina tisu baru & sebarang perubahan tubuh termasuk regangan kulit.
  • Kaya serat yang baik untuk sistem penghadaman. mengatasi masalah sembelit –  Usus puan semasa hamil lebih cekap menyerap air. Ini menyebabkan sembelit. Serat dalam kurma membantu puan lawas dan juga mengurangkan paras kolesterol.
  • Sumber asid folik yang membantu pembentukan sel baru & mengurangkan risiko kecacatan saraf pada janin (Sangat penting)-Makanlah ia sejak dari puan merancang kehamilan untuk pembesaran janin yang sihat di dalam kandungan.
  • Sumber Vitamin K untuk mengelakkan darah beku yang di sebabkan oleh kekurangan vitamin K. Darah beku yang serius boleh keguguran bayi didalam kandungan.
  • Membekalkan zat besi yang meningkatkan imuniti ibu & bayi – Membentuk hemoglobin, yang berfungsi mengangkat oksigen ke sel di seluruh badan dan mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan keguguran.
  • Sumber Kalium yang baik berfungsi mengawal tekanan darah, fungsi hati dan saluran pencernaan yang sihat. Kalium juga mengelakkan kegagalan buah pinggang.
  • Membekalkan Magnesium yang membantu perkembangan gigi dan tulang yang kuat. 
  • Memakan kurma semasa hamil membantu mencengkam rahim ketika kelahiran
  • Menguatkan lagi urat-urat rahim pada trimester ketiga kehamilan. 
  • Membantu memudahkan kelahiran. 
  • mengurangkan risiko tumpah darah
  • Rahim yang lebih sihat


5. Jambu batuJambu batu adalah buah tropika yang sedap di makan ketika sejuk. Kaya dengan vitamin c untuk ibu hamil Khasiat jambu batu dapat langsung diperolehi dengan memakannya  dengan segar atau mengisarnya menjadi jus. Sangat lazat diminum bersama serbuk asam boi.  Beberapa kebaikan buah jambu batu untuk ibu hamil ialah:

  • Jambu batu membantu untuk meningkatkan sistem imun tubuh yang kuat dan mengawal tekanan darah semasa puan mengandung
  • Sumber vitamin C, vitamin E yang baik
  • Jambu batu membantu proses pencernaan dan akan memberikan kekuatan untuk pertumbuhan sistem saraf bayi

 6. KiwiKiwi tergolong dalam kategori buah citrus yang kaya dengan vitamin c dan bukan buah tempatan. Di Malaysia mudah untuk membelinya di supermarket.  Beberapa kebaikan buah kiwi untuk ibu mengandung:

  • Kiwi membekalkan khasiat penting seperti vitaminA, C, E, Kalium, fosforus, magnesium, asid folik, dan serat.
  • Buah Kiwi baik untuk kesihatan sistem pernafasan manusia.
  • Kiwi membantu menguatkan puan agar terhindar daripada batuk batuk, demam, dan selesama semasa mengandung.
  • Buah ini mengurangkan kemungkinan darah membeku karena mengandung vitamin K dan fosforus
  • Buah kiwi mengandungi vitamin c yang membantu penyerapan zat besi

7. EpalBuah epal bukan sahaja rangup dan sedap dimakan malah ia sangat bagus untuk puan semasa hamil.  Beberapa manfaat buah Epal untuk ibu hamil antara lain :

  • Epal meningkatkan immunisasi ibu dan bayi
  • Epal mampu mengurangkan risiko selesema, asma, dan ekzema pada anak-anak selepas hamil jika ibu memakannya Epal sepanjang kehamilan
  • Epal kaya akan vitamin A, E, D, dan zink

Terdapat pelbagai cara memakan buah Epal, semasa segar atau menjadikannya sebagai jus yang dibuat sendiri. Aprikot keringPelbagai warna buah anggur

 Ibu mengandung digalakkan untuk makan Epal segar atau jus buatan sendiri kerana ia tanpa tambahan gula yang tidak diperlukan.

8. Mangga

Buah Mangga merupakan antara buah kegemaran ramai terutama untuk ibu mengandung.
 
Kebanyakan wanita yang baru hamil gemar memakan mangga muda untuk menghilangkan rasa mabuk loya / Morning sickness di awal kehamilan. Rasa masamnya mengurangkan muntah muntah kerana mabuk mengandung.
 
Beberapa kebaikan buah mangga untuk ibu hamil ialah:
  1. Mangga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, mengurangkan sembelit dan menyembuhkan jangkitan kecil.
  2. Mangga mengandungi gula semulajadi yang sihat untuk tubuh.
  3. Buah Mangga mengandungi flavonoid seperti alpha carotene, beta carotene, dan beta cryptoxanthin untuk perkembangan bayi yang sihat.
  4. Mangga mengandungi folat, copper, dan kalium yang baik untuk kesihatan ibu hamil. Kalium membantu keseimbangan cecair dan elektrolit dalam tubuh. Ibu hamil yang kekurangan kalium akan mengalami kejang / kram.

9. Strawberi

Strawberry merupakan buah yang sangat digemari oleh golongan muda di Malaysia. Rasanya yang masam manis bersitrus digemari ibu mengandung. 
Mungkin atas sebab yang sama memakan mangga muda. Bagi menghilangkan loya.
 
Strawbery kerap dijadikan hiasan untuk kek kerana warnanya yang merah berseri. 

 Antara kebaikan strawberri bagi ibu mengandung ialah :

  • Strawberi mengandungi banyak vitamin dan serat untuk keperluan tubuh.
  • Strawberry Membekalkan asid folik yang cukup tinggi yang sangat penting untuk ibu hamil.
  • Mineral yang terkandung didalam strawberi seperti mangan dan potasium membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat pada janin.

 10. TembikaiBuah Tembikai adalah buah yang digemari ramai kerana rasanya yang manis dan mengandungi banyak air.    Beberapa kebaikan Tembikai untuk ibu hamil ialah :

  • Buah ini kaya dengan mineral dan serat yang baik untuk sistem penghadaman & kesihatan tubuh
  • Khasiat buah ini pada ibu mengandung dapat membantu mengatasi loya dan mual-mual alahan hamil terutama pada trimester pertama
  • Tembikai membantu mengurangkan bengkak pada tangan dan kaki, kejang otot, dan memelihara keseimbangan bendalir di dalam badan.

 12. PisangPisang adalah antara makanan paling bagus untuk ibu mengandung. Khasiat terbaik pisang dapat diperolehi dengan memakannya terus atau mengisarnya menjadi jus tanpa memasaknya Potongan pisang segar ke dalam oat, salad atau bijirin semasa sarapan pagi, atau untuk hidangan yang sangat berkhasiat. Beberapa kebaikan buah pisang untuk ibu mengandung ialah:

  • Sumber asid folik, vitamin C, B6, potasium, magnesium, dan lain-lain.
  • Asid folik didalam pisang berfungsi untuk mengurangkan risiko janin dari cacat sistem saraf.
  • Vitamin B6 mengawal paras mineral natrium dalam darah dan mencegah mual-mual dan loya semasa mengandung.
  • Potasium memastikan wanita mengandung  terhindar dari serangan angin ahmar.
  • Pisang kaya dengan sumber tenaga segera untuk kegunaan tubuh ibu mengandung.

 12. Buah delimaBuah delima merupakan buah yang sangat baik untuk ibu hamil. Buah ini ada disebutkan didalam alquran dan pastinya ia penuh dengan keberkatan. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-An’am ayat 141 yang bermaksud:  Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun, dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa.  Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya.  Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.  Beberapa kelebihan buah delima bagi ibu hamil ialah: 

  • Buah delima kaya dengan tenaga, kalsium, asid folik, zat besi, protein, dan vitamin C
  • Buah delima kaya dengan antioksidan yang dapat menghalang radikal bebas dan memelihara ibu hamil dari serangan penyakit yang disebabkannya.

KLIK SINI SEKARANG UNTUK KEMBALI KE MENU DI ATASMakanan Tambahan Untuk Ibu Mengandung & Perkembangan JaninDari peringkat awal janin terbentuk. Sangat penting untuk ibu mendapatkan khasiat untuk anak didalam kandungan berkembang dengan sihat.

Buah strawberi paling berat dan besar di dunia.Buah tembikai bersifat alkali. Bagus untuk detoks tubuh. Di riwayatkan Rasulullah SAW menggemari tembikaiDibawah ini gambaran ringkas tentang fasa fasa kehamilan daripada trimester pertama kedua dan ketiga.Seeloknya saya sarankan pengambilan produk set mengandung lengkap untuk ketiga tiga peringkat. makanan untuk ibu hamil diet sihatJadi apa pendapat anda tentang artikel Makanan untuk ibu hamil ini? Saya sangat berminat dengan perkongsian anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Sihat Berkhasiat & Sangat Sedap Rasanya
Penulis Jemputan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear