Quantcast
Channel: Blog • AKU ISLAM
Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

5 Strategi Apabila Merasa Kusut Dalam Menyelesaikan Masalah

$
0
0

ISLAM dan Blog Aku ISLAM ISLAM dan Blog Aku ISLAM - Jangan bersedih. Mari kuatkan hati kerana Allah

 Menyelesaikan Masalah

Menyelesaikan Masalah Hidup | figure.it.out by karlaHernandez

Pernahkah anda menghadapi satu masalah hidup yang sangat rumit dan menyesakkan dada serta sukar untuk dibuat solusinya?

Mungkin masalah ini telah membuat anda tidak dapat tidur malam, hilang selera makan dan Berasa sangat keliru untuk membuat keputusan? Benar?

Saya juga kerap mengalami situasi seperti ini. Terlalu over-thinking dan menganalisa masalah tersebut dari setiap sudut. Hasilnya, saya akan bertambah serabut. Huhu

Semakin saya berfikir, semakin fikiran saya menjadi kusut ke dalam kekeliruan, dan lebih besar  masalah yang dirasakan.

Jangan terlalu memikirkan masalah tersebut

Bila kita terlalu memberikan tumpuan kepada masalah tersebut, anda  rasa apa yang kita dapat?

- Sebenarnya lebih banyak masalah yang kita akan dapat.

Sebenarnya apabila lebih banyak kita memberi tumpuan kepada masalah itu, pemikiran kita menjadi lebih sempit.

Malah kita akan membungkuskan sekali diri kita dengan masalah tersebut.

 

Bersederhana

Saya mendapati perkara ini benar. Jalan terbaik untuk dilakukan semasa menghadapi sesuatu masalah adalah bersederhana.

Kesederhanaan anak membuang segala kerumitan. Tidak terlalu memikirkan secara kompleks dan tidak juga mengabaikan terus masalah yang dihadapi. Cuma bersederhana.

Bertepatan dengan hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Telah binasa orang berlebih-lebihan.”

Alhamdulillah, saya telah menjumpai beberapa strategi yang ringkas untuk  menyelesaikan kebanyakkan masalah, Insyaallah.

Semoga strategi-strategi yang saya kongsikan ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah dalam kehidupan juga

 

5 Strategi Mudah Dan Berkesan Untuk Menyelesaikan Masalah

1. Fokuskan kepada Penyelesaian

Fokus pada penyelesaian – bukan masalah.

Saintis telah membuktikan bahawa otak  tidak dapat untuk mencari penyelesaian jika kita memberi tumpuan kepada masalah, kerana ia akan mengaktifkan emosi negatif, yang akan menghalang potensi otak untuk menyelesaikan masalah.

Bukan bermakna kita harus mengabaikan masalah, tetapi hanya perlu tahu masalah itu dan kemudian memberi tumpuan kepada cara-cara untuk menyelesaikannya.

Sentiasa tanya diri – Apa yang dapat menjadi penyelesaian?

 

2. Jangan melihat masalah sebagai sesuatu yang negatif

Masalah yang dihadapi adalah sebenarnya satu peluang.

Ya, satu peluang untuk meningkatkan keupayaan diri menghadapi rintangan serta sebagai satu indicator untuk dimana kita memfokuskan perhatian kita.

Oleh itu hadapilah masalah ini secara tenang dan tanpa ragu kepada Allah. Di saat kita mencari solusi dalam menyelesaikan masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula.

Baca juga artikel ini:

 

3. Sentiasa berfikiran terbuka

Sangat penting! Sangat penting untuk sentiasa berfikiran terbuka kerana ia akan membuatkan kita sentiasa kreatif untuk mencari penyelesaian masalah.

Jangan terasa “janggal” apabila mengeluarkan idea-idea penyelesaian yang nampak bodoh, kerana selalunya idea-idea bodoh inilah yang akan mencetuskan penyelesaian hebat kepada masalah yang dihadapi.

 

4. Permudahkan masalah!

Ringkaskan masalah tersebut dengan membuat kesimpulan. Buang semua perincian masalah itu dan menjadikannya lebih besar, lebih luas.

Selalunya kita hidup dengan sentiasa merumitkan segala benda dalam kehidupan dan akhirnya inilah menjadi masalah kepada kita.

Cuba meringkaskan setiap perkara dengan satu penyelesaian yang  mudah

Strategi ini selalunya menjadi!

 

5. Ubah Cara pemikiran

You cannot dig a hole in a different place by digging it deeper.”  

Tukar cara pendekatan kita melihat sesuatu masalah tersebut.  Lihatlah setiap perkara dalam sudut yang baru. Walaupun  merasakan ia janggal, pendekatan baru biasanya akan merangsang penyelesaian fresh dan baik

 

*****

Selamat menyelesaikan masalah!

Semoga cara diatas dapat membantu mempermudahkan anda menyelesaikan masalah yang mendatang dalam hidup.

Sebarang komen dan penambahan terhadap artikel diatas adalah sangat dialu-alukan =)

5 Strategi Apabila Merasa Kusut Dalam Menyelesaikan Masalah


Viewing all articles
Browse latest Browse all 586

Trending Articles


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


Love Quotes Tagalog


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


“BAHAY KUBO HUGOT”


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


EASY COME, EASY GO


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Tropa Quotes


“Mali man na ikaw ay ibigin ko, akoy iibig padin sayo”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.