Blog Aku ISLAM
Blog Aku ISLAM - La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!
Untuk Bakal Ibu: Pilih hanya Set Bersalin Yang Terbaik dan Diakui Kementerian Kesihatan.
Antara moment yang paling indah di anugerah oleh Allah kepada insan yang bergelar ibu, adalah menanti saat kelahiran si comel.
Namun dalam masa yang sama, mereka juga risau dengan aspek kesihatan diri luaran dan dalaman selepas bersalin kerana ia adalah kritikal dan perlu dijaga.
Oleh itu, antara produk hangat yang dicari oleh ramai ibu-ibu adalah set bersalin (juga dikenali sebagai set berpantang atau maternity set.)
Biasanya set bersalin ini berfungsi untuk mempercepatkan luka untuk sembuh dan membantu mengembalikan bentuk tubuh yang langsing selepas bersalin.
Tidak dinafikan, masih ramai ibu-ibu masih mempercayai cara tradisional untuk merawat tubuh selepas bersalin, namun bagi ibu yang moden yang mempunyai kerjaya, pasti memerlukan satu penyelesaian yang lebih pantas dan berkesan. Bos mana yang sanggup memberikan cuti lama-lama kan?
Secara umumnya, set bersalin sesuai untuk semua ibu sama ada melahirkan anak secara biasa ataupun pembedahan.
- Jika anda sedang mengandung anak pertama dan tiada pengalaman berpantang.
- Jika anda ingin luka jahitan anda cepat sembuh dan tiada rasa ngilu-ngilu.
- Jika anda pernah mengeluh kerana begitu sukar untuk lawas dan bimbang luka jahitan akan terbuka.
- Ingin mengempiskan perut buncit dan menggeleber.
- Mengelakkan daripada mengambil jamu yang pahit
- Menstabilkan sistem peranakan wanita selepas bersalin
Apakah Set Bersalin yang bagaimana boleh saya cari?
Sekarang ini, banyak set bersalin atau maternity set yang boleh di dapati.
Shaklee, Nona Roguy, Afiat, Spa and Ma dan Tanamera adalah contoh set berpantang popular dalam pasaran. Ada yang berasaskan bahan-bahan tradisional dan ada yang bersifat lebih moden. Harga dan cara penggunaannya juga adalah berbeza.
Namun apa yang kita semua lupa disini adalah, adakah set itu SELAMAT atau tidak untuk digunakan?
Ini adalah aspek terpenting yang harus kita titikberatkan.
Jangan hanya terlalu obsess untuk mengembalikan bentuk tubuh, kita sanggup menggadaikan nyawa mengambil risiko yang tak sepatutnya.
Disini kita harus bijak membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Pernah terjadi satu kes, dimana seorang ibu terpaksa dibuang rahimnya akibat menggunakan set bersalin yang tidak diakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pasti anda tidak mahu jadi begitu bukan?
Oleh itu, gunakan kemudahan seperti google untuk membaca review dan maklumat berkaitan sesuatu set bersalin. Yang penting kita harus bijak dan teliti.
Antara set bersalin yang boleh saya syorkan adalah jenama Spa and Ma.
Produk ini digunakan sendiri oleh keluarga saya dan menerima feedback yang positif dari mereka, serta tiada sebarang implikasi yang terjadi (setakat artikel ini ditulis).
Saya sarankan anda view dan meneliti sendiri apa yang ditawarkan oleh Set Spa and Ma ini di website mereka. Saya percaya anda lebih berhak untuk menilai sendiri dan menentukan apa yang terbaik buat diri anda.
Semoga membantu kepada bakal-bakal ibu.
Set Bersalin SPA & MA: Set Bersalin Yang Terbaik
Muhamad Naim @ Blog Akuislam