Blog Aku ISLAM
Blog Aku ISLAM - La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi membuka posting ini.
Direct kepada point utama, blog akuislam.com bercadang untuk meluaskan lagi skop kandungan dakwah, bukan lagi hanya kandungan dari blog akuislam.com sahaja, malah kami sekarang ini suka untuk berkongsi kandungan blog anda dengan komuniti follower akuislam di Facebook dan Twitter.
Jika anda mempunyai blog yang mempunyai kandungan yang baik dan berkualiti, mengajak kearah kebaikan dan nilai positif, sila tinggalkan link blog anda pada ruangan komen dibawah.
Syaratnya adalah mudah:
- Tuliskan kandungan yang bagus dan bermanfaat (kalau boleh setiap masa)
- Tinggalkan URL blog anda diruangan komen post ini
InsyaaAllah, kami akan view blog anda setiap masa untuk membaca kandungan yang anda tuliskan. Jika kandungan itu bagus, pasti kami akan kongsikan kepada komuniti follower akuislam.
Yang penting, jadikan penulisan yang itu bermanfaat dan membawa mesej yang berguna.
Ayat santai-santai tak skema pun takpa. Lagi bagus kalau tak membosankan, nak berdakwah kena kreatifkan? Hi3.
Blog dari semua platform boleh: Blogspot, wordpress, tumblr, typepad dan sebagainya.
Semoga kita semua mampu berkongsi idea, ilmu dan nasihat-nasihat yang bermanfaat. Semoga dapat menjadi ladang pahala buat kita semua.
Jangan lupa tinggalkan link blog anda, dan sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.
Semoga Allah redha.
Tuliskan dengan hati, sampaikan dengan ikhlas.
Panggilan Kepada Blogger Dakwah & Mereka Yang Ingin Berkongsi Ilmu
Muhamad Naim | Blog Akuislam