Blog Aku ISLAM
Blog Aku ISLAM - La Tahzan. Jangan bersedih. Allah ada!

Mari meningkatkan pencapaian dan jati diri anak-anak! | photo credit: Dietmar Temps via photopin cc
Semua ibu bapa mahu anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran dan hidup mereka. Berjaya dari segi pencapaian akademik dan pembentukan sahsiah.
Kerana pembentukan anak-anak perlulah seimbang dan seiring. Apa gunanya jika anak cemerlang dari segi akademik tetapi tiada nilai sahsiah yang baik dalam diri mereka, terlibat dalam gejala sosial, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
Disamping dari kecemerlangan akademik anak-anak dalam UPSR dan SPM, benteng diri anak-anak perlu dipertingkatkan supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan rakan-rakan yang negatif, dapat mengawal emosi, mampu menerima kekalahan dan kegagalan dan mampu mengawal tahap kenakalannya.
Hari ini ramai remaja yang mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan bagi melakukan perkara-perkara yang merosakkan dirinya.
Malah antara punca utama kepada masalah penagihan dadah adalah bermula daripada sikap ingin mencuba dan suka-suka.
Akhirnya suka-suka itulah yang membawa padah. Anak-anak yang mempunyai benteng diri yang tinggi mampu berkata ‘tidak’ apabila dia tahu sesuatu yang mahu dilakukan itu membawa padah.
Sentiasalah Mengintai Peluang Untuk Memajukan Anak!
Dalam kehidupan seharian, terdapat pelbagai aktiviti, program, kursus serta peluang bagi memajukan anak-anak dalam pelajaran dan sahsiah mereka.
Ibu bapa cemerlang tidak kedekut dan sanggup mengeluarkan pelaburan bagi kebaikan anak-anak.
Program-program seperti kem, kursus motivasi, kursus berkaitan dengan kemahiran belajar dan kem pembentukan diri adalah merupakan satu medium yang amat berkesan dalam melonjakkan prestasi anak-anak dengan ketara
Bersempena dengan cuti sekolah yang bakal tiba ini, Syarikat Telaga Biru Traning membuka peluang kepada semua ibu bapa diluar sana yang ingin melihat anak mereka berjaya, untuk menyertai kem yang bakal dianjurkan oleh mereka.
Telaga Biru Traning sememangnya dikenali umum sebagai salah satu pihak penganjur kem yang profesional dan berkualiti bagi anak-anak, pastinya akan dijalankan serta diselia oleh pakar motivator dan penceramah yang cemerlang dalam membangunkan minda anak-anak.
Kebajikan anak-anak juga insyaaAllah akan terjaga dengan baik kerana kem ini dihidupkan oleh fasilitator-fasilitator yang terlatih dan bertauliah.
Terdapat 7 pilihan kem yang ditawarkan.
1) Kem 1 RUMAH 1 IMAM (Kem baru) (7-9 JUN 2014 / 13-17 TAHUN)
2) Kem Super Aulad Adventure (All time favourite) (1-3 JUN 2014 / 10-17 TAHUN)
3) Kem Math Magic (bersama Cikgu Yaser pakar motivator pelajar) (8-10 JUN 2014 / 10-12 TAHUN)
4) Kem RASUL IN MY HEART (berkuda, memanah dan sunnah2 Rasulullah SAW yg lain) (11-14 JUN 2014 / 10-17 TAHUN)
5) Kem Tahfiz Madani (hafalan surah1 Al-Quran) (7-13 JUN 2014 / 10-17 TAHUN)
6) Kem Skor UPSR (khusus buat pelajar UPSR bersama pakar UPSR) (31 MEI & 01 JUN 2014 / 12 TAHUN)
7) Kem Funzania (Kem fun fun fun buat adik2 cilik 7 – 9 thn) (14-15 JUN 2014 / 7-9 TAHUN)
Jika tuan dan puan berminat dengan lebih lanjut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program ini, tuan dan puan boleh menghubungi:
- Cik Puteri Salwa di talian : 1-300-88-1880 (ext : 200) @ SMS/Whatsapp 012-256 0820
- atau layari www.telagabirutraining.com
Mari meningkatkan pencapaian dan benteng diri anak-anak
Muhamad Naim Abd Manaf